Australia Dikecam Kerana Menolak Pelarian Rohingya

oz

 

 

Australia telah menerima kritikan berkenaan polisi tegas negara tersebut terhadap pendatang asing dan pelarian, serta penahanan kapal-kapal yang datang bagi mendapatkan bantuan di perairan negara tersebut.

Negara tersebut selanjutnya menerima kutukan selepas membayar jutaan dolar kepada kerajaan Myanmar supaya membawa pulang pelarian mereka dari Australia.

Perdana Menteri, Tony Abbott walau bagaimanapun tidak mengiyakan mahupun menafikan laporan yang menyebut komander angkatan tentera laut Australia telah merasuah krew sebuah kapal yang membawa 65 orang pelarian supaya berpatah balik ke Indonesia.

Tony Abbott berkata, “Kami akan melakukan yang sepatutnya, yang bertepatan dengan prinsip kesopanan dan masyarakat manusia bagi memastikan bot-bot berkenaan berhenti. Saya tidak akan sama sekali memohon maaf selepas mengarahkan supaya bot-bot berkenaan dihentikan daripada memasuki perairan Australia kerana langkah tersebut perlu selepas kerajaan sebelum ini telah mencetuskan kekacauan di perairan negara kami.”

Sumber: Al-Jazeera

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Penderaan Kanak-Kanak Bawah Umur oleh Pegawai Keamanan PBB

Next Post

Morsi, Qaradawi Dihukum Mati

Related Posts

Berminat Untuk Menyumbang?

Kami di FOKUS sentiasa menghargai sokongan anda untuk terus menghasilkan kandungan berkualiti. Sumbangan anda akan membantu kami meningkatkan lagi mutu dan membantu operasi laman web ini.

Skip to content