Bank Dunia gesa Malaysia hapuskan skim pencen dalam langkah reformasi fiskal negara

Sejurus pelaksanaan rasionalisasi subsidi diesel, Bank Dunia menggesa Malaysia memberi perhatian kepada penghapusan skim pencen dan Akta Tanggungjawab Fiskal (FRA) dalam langkah pembaharuan fiskal.

Ketua Ekonomi Bank Dunia untuk Malaysia, Apurva Sanghi meminta Malaysia menghentikan skim pencen faedah terjamin (DB) untuk penjawat awam baharu dan menggantikannya dengan skim sumbangan ditetapkan (DC). – (Utusan)

Manakala, Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan pada rabu memaklumkan pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) masih mengkaji berkenaan skim pencen itu dan apa-apa keputusan dijangka diumumkan sebelum hujung tahun ini. – (Malaysia Gazette)

Sementara itu, Apurva Sanghi juga berpendapat bahawa Malaysia seharusnya mengikut contoh negara-negara lain yang menetapkan siling hutang semasa sebanyak 45 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berbanding Malaysia sebanyak 60 peratus daripada KDNK. – (Utusan, MOF)

Disediakan oleh:
Knowledge Management Center(KMC), IRIS Institute

**RADAR adalah produk pantauan berita harian IRIS yang memaparkan perkembangan berita-berita strategik dalam setiap bidang utama mengikut sudut pandang IRIS. Sebarang perbincangan dan persoalan boleh diajukan diruang komen atau pautan https://pertanyaaniris.wasap.my/, pihak IRIS akan cuba menjawab

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Yong Tai Berhad bangunkan bandar dan teater beridentitikan China di Melaka dengan bantuan pelaburan China

Next Post

Makmal nadir bumi beroperasi bulan depan, potensi kurangkan kebergantungan kepada China dalam rantaian bekalan NR-REE

Related Posts

RADAR EDISI 99

[membership level=”1″] RADAR EDISI 9912 Dis 2019 -DALAM NEGARA- Politik 1. Seruan anggap Dun sarawak sebagai pemutus undang-undang…
Read More

Langgan sekarang untuk terus membaca.

Dapatkan akses premium merangkumi berita, senario bidang-bidang utama yang dirumuskan dan laporan analisa khas.

Pakej Asas

RM200 / tahun

Pakej Perak

RM500 / tahun

Pakej Premium

Bermula RM1000

Berminat Untuk Menyumbang?

Kami di FOKUS sentiasa menghargai sokongan anda untuk terus menghasilkan kandungan berkualiti. Sumbangan anda akan membantu kami meningkatkan lagi mutu dan membantu operasi laman web ini.

Skip to content