Campur Tangan Amerika Syarikat dalam Krisis Syria Bukan Sesuatu yang Mengejutkan – Penganalisis

140613obama

 

Rancangan Washington untuk menggulingkan kerajaan Syria berikutan serangan 9/11 yang lepas dan penemuan baru oleh pengasas Wikileaks, Julian Assange seharusnya tidak mengejutkan sesiapa, kata seorang wartawan Amerika.

Wayne Madsen, seorang penulis dan wartawan, memberitahu ketika ditanya mengenai kenyataan Assange, pada hari Rabu lepas bahawa Amerika Syarikat telah merancang untuk menggulingkan kerajaan Syria lama sebelum 2011, tahun di mana konflik kejam berlaku di negara ini.

Apa yang dikatakan oleh Assange bukanlah perkara baru kerana “perkara ini diketahui menurut Jeneral Wesley Clarke , bahawa tidak lama selepas 9/11, beliau telah didedahkan dengan senarai negara yang ingin digulingkan oleh Amerika Syarikat “, Madsen memberitahu.

Penganalisis itu berkata dalam senarai itu, Iraq mendahului Syria dan diikuti dengan Libya dan Sudan.

Dalam buku barunya, Assange merujuk kepada orang dalam kepada Duta AS William Roebuck, yang berkhidmat sebagai Kaunselor Politik di Kedutaan Amerika Syarikat di Damsyik antara 2004-2007, mengenai rancangan untuk menggulingkan kerajaan Syria yang diperintah oleh Presiden Bashar al-Assad pada masa itu .

“Ini juga tidak mengejutkan kerana duta AS ke Syria yang kemudian juga berusaha untuk mencari kelemahan kerajaan Syria,”

Beliau menambah bahawa “Ia adalah sebagai demonstrasi bahawa jika Amerika Syarikat mengekalkan hubungan diplomatik dengan sesebuah negara, tidak bermaksud bahawa mereka tidak akan mengambil langkah-langkah keras terhadap negara itu .”

Ini ialah demokrasi melampau, Madsen berhujah. Bukan sahaja oleh pentadbiran Presiden Obama, bahkan juga Republikan dari George Bush, kedua-duanya cuba untuk menggulingkan kerajaan Syria yang diterajui oleh Presiden Bashar al-Assad.

Kerajaan Syria di perang habis-habisan oleh kumpulan Takfiri, terutamanya ISIL, sejak Mac 2011. Menurut laporan, Amerika Syarikat dan sekutu serantaunya – terutamanya Qatar, Arab Saudi, dan Turki – telah menyokong militan yang beroperasi dalam negara itu.

Konflik ini, menurut PBB, setakat ini telah meragut nyawa kira-kira 230,000 orang. Berjuta-juta rakyat Syria juga telah dipindahkan akibat daripada konflik ini.

 

Terjemahan oleh: Syazana Aqilah

Sumber: Press TV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Israel Bina Pagar untuk Halang Kemasukan Pelarian

Next Post

Kejatuhan Matawang China dan Kesannya kepada Ekonomi Dunia.

Related Posts
Skip to content