China bakal tempatkan 10 Ribu orang tentera marinnya di Djibouti

China mengukuhkan cengkaman terhadap Djibouti dengan membina markas tentera luar negaranya yang pertama bagi benua Afrika. Ini merupakan langkah lanjutan China di Djibouti dalam merealisasikan inisiatif ‘Belt and Road’ mereka. Markas ini bakal menempatkan tentera marin seramai 10,000 orang dan akan menjadi markas hadapan (Forward Operating Base) bagi operasi Tentera Laut China (PLAN) di Teluk Aden.

Salah satu Tembok dari bahagian bangunan keretapi lama yang ditandakan dengan perkataan “Cabut” dalam bahasa cina. Syarikat-syarikat China amat agresif dalam memusnahkan infrastruktur-infrastruktur yang ada seperti laluan kereta api peninggalan penjajah, Perancis yang beroperasi sejak 1917.(Gambar Ihsan Max Duncan).

Dengan mengawal Djibouti, China dapat memantau laluan keluar masuk kapal-kapal di Terusan Suez. Banyak lagi infrastruktur-infrastruktur yang dijanjikan China kepada Djibouti seperti rangkaian jalur lebar dan ketenteraan.

Pelbagai aset-aset strategik diletakkan di Djibouti termasuk sistem penderia elektronik dan radar bagi mengesan dan mengintip pergerakan dron-dron serta kapal perang Amerika Syarikat dan sekutunya. Penulis berpendapat, falsafah maritim Tentera Laut China mengutamakan penguasaan kawasan melalui kehadiran kapal-kapal perang mereka yang bilangannya mencecah 500 buah tidak termasuk kapal-kapal auxilari. Pengkaji-pengkaji dalam bidang pertahanan menggunakan perkataan ‘anti-access doctrine’ bagi menggambarkan perluasan maritim China yang beralih daripada ‘close sea based’ atau operasi di perairan zon ekonomi eksklusif  (EEZ).

Chinese People’s Liberation Army menghadiri majlis perasmian pangkalan tentera baru China di Djibouti pada 1 Ogos 2017 (Gambar Ihsan- AFP)

Walaupun bilangan kapalnya yang banyak, kelemahan utama China adalah kelangsungan operasi. Oleh itu, China mempunyai dua pilihan. Pertama, membina armada auxilari yang membolehkan kapal-kapal perang PLAN melakukan ‘resupply’ atau pembekalan semula di lautan. Kedua, China perlu mengoperasikan markas yang membolehkan mereka berlabuh, melakukan pembekalan semula, dan mempunyai kehadiran di kawasan tersebut. Oleh itu, Djibouti adalah pilihan kedua tersebut dan ianya menepati aspirasi pengembangan maritim oleh China.

Djibouti telah menggunakan hampir kesemua dana yang diberikan oleh China untuk mengisi jurang pembangunan infrastruktur kritikal yang dihadapinya. Banyak projek berprofil tinggi telah dibiayai oleh pinjaman daripada China Eximbank dalam beberapa tahun kebelakangan ini, antaranya:

  • Sebahagian daripada projek keretapi Ethiopia-Djibouti sepanjang 446 batu yang menyambungkan Addis Ababa ke Djibouti (Berjumlah 492 Juta USD).
  • Projek saluran paip air Ethiopia-Djibouti sepanjang 63 batu dari Hadagalla ke Djibouti untuk pembekalan air bersih kepada penduduk tempatan. (Berjumlah 332 Juta USD).
  • Projek pelabuhan serbaguna Doraleh berjumlah 294 Juta USD.
  • Zon Perdagangan Bebas Djibouti yang dibiayai oleh China Merchants Holdings. (Berjumlah 150 Juta USD)

Sumber: Axios

Irfan Alias
Kolumnis Fokus

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Petronas berhasrat untuk beli syarikat pengeluar tenaga solar terbesar di India

Next Post

Davos: Tempat Elit Global mengumpulkan kekayaan?

Related Posts