Petronas berhasrat untuk beli syarikat pengeluar tenaga solar terbesar di India

Image result for petronas

Berita: Ekonomi

Petroliam Nasional Bhd (Petronas) sedang berusaha untuk membeli salah satu pengeluar tenaga solar terbesar di India. Mereka sedang berunding dengan firma ekuiti swasta I Squared Capital untuk membeli Amplus Energy Solutions Pvt Ltd dalam perjanjian mencecah 2,700 rupee crore (RM1.56 bilion).

Amplus, yang ditubuhkan pada tahun 2010, telah menubuhkan kapasiti penjanaan kuasa solar sebanyak 350 megawatt (MW) di seluruh India manakala pada tahun 2015, I Squared Capital melabur sebanyak US $150 juta (RM616.35 juta) dalam firma tenaga suria.

Menurut Presiden dan ketua pegawai eksekutifnya, Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin, usaha memfokuskan kepada projek meningkatkan tenaga boleh diperbaharui (renewable energy) adalah salah satu daripada 13 strategi Petronas selain daripada peluasan rantaian nilai dan memaksimumkan penjanaan tunai.

Sumber: The Edge Market

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Empat taikun besar China pindahkan sejumlah 17 Bilion USD untuk elak cukai kerajaan.

Next Post

China bakal tempatkan 10 Ribu orang tentera marinnya di Djibouti

Related Posts
Skip to content