Penggodam dari China telah disuspek menggodam sekurang-kurangnya 4 juta maklumat pekerja milik Amerika Syarikat.
Menurut Jabatan Keselamatan AS, pangkalan data dari Office of Personnel Management (OPM) itu mengandungi rekod pekerja dan percayai telah dipecah masuk oleh penggodam. Namun sehingga kini kes masih berada di dalam siasatan FBI.
OPM yang menyimpan data nombor sekuriti sosial para pekerja, hasil kerja para pekerja, rating pencapaian dan informasi percubaan (training information) pekerja telah berjaya dipecah masuk pada bulan April lalu namun belum dapat dikenal pasti sama ada rekod tersebut sudah diambil oleh penggodam atau tidak.
Penceroboh siber ini juga telah dapat dikenal pasti dengan menggunakan teknologi canggih menggodam yang dikenali sebagai “cyber tool”.
Pihak penyiasat siber menghubungkan kes ini dengan kes tahun lalu yang melibatkan syarikat insurans di AS, Anthem Inc. dan syarikat perkhidmatan kesihatan, Premera Blue Cross. Serangan siber ini disyaki dilakukan oleh pihak China.
Ahli Senat Maine Republican, Sen. Susan Collins menyifatkan bahawa pencerobohan ini sebagai satu bahan bukti bahawa kuasa luar berjaya untuk mencari secara menyeluruh social security para pekerja.
Namun begitu, Hong Lei iaitu Menteri Jabatan Luar Negara China menolak keras dakwaan tersebut dan berharap AS meletakkan kepercayaan terhadap Beijing dan mereka menganggap bahawa dakwaan Amerika terhadap China adalah satu dakwaan yang tidak berasas.
Pihak kedutaan China di Washington, Zhu Haiquan,menyangkal kenyataan ini dengan mengatakan ianya adalah perkara yang mustahil bagi perkara ini berlaku disebabkan oleh jarak dua negara yang sangat jauh dan menyukarkan pertembungan ini. Di samping itu, beliau berkata China berusaha keras untuk mengelak berlakunya “peperangan siber”.
Tiada komen yang diberikan oleh White House tentang kenyataan tersebut.
April lalu, Jabatan sistem sekuriti AS membuat liputan bahawa penggodam China sering mensasarkan serangan siber terhadap AS bagi mengumpulkan maklumat-maklumat penting.
Turut menjadi suspek juga adalah penggodam dari Russia apabila pada tahun lalu, email Barack Obama yang belum diklasifikasikan turut diceroboh.
Ken Ammon, Chief Strategy Officer Xceedium, salah sebuah kontraktor sekuriti kerajaan percaya bahawa serangan ini berbentuk serangan dari sebuah “bangsa dan negara sesuatu tempat” atau “nation states”. Beliau juga berkata “Ini adalah serangan yang melibatkan negara dan bangsa”. Hal ini kerana, beliau mempercayai bahawa data yang diperolehi pihak penggodam boleh diguna pakai untuk menggugut para pekerja.
Pihak DHS akan meneruskan pemantauan terhadap jaringan persekutuan dan menyiasat tentang dakwaan pencerobohan ini.
Sumber : AlJazeera