PARTI AKP HILANG UNDI MAJORITI, PERLUKAN KERAJAAN CAMPURAN

7 Jun 2015-Ankara,Parti Justice and Development(AKP) memenangi pilihan raya umum keempat berturut-turut tetapi gagal mendapat majoriti yang diperlukan untuk membentuk kerajaan.
Parti AKP menang Pilihanraya Turki
Parti AKP menang Pilihanraya Turki

7 Jun 2015 Ankara – Parti Justice and Development(AKP) memenangi pilihan raya umum keempat berturut-turut tetapi gagal mendapat majoriti yang diperlukan untuk membentuk kerajaan.

Parti tersebut, yang mula berkuasa pada 2002 sebelum memenangi pilihanraya pada tahun 2007 dan 2011, memperoleh 40.92 peratus undi dengan 99.10 peratus undi dikira, memberikan parti tersebut 259 kerusi di Dewan Negara-17 kurang untuk majoriti mudah.

Parti Demokratik Rakyat pro-Kurdish (HDP) berjaya mencecah 10 peratus undian dengan memperolehi 12.67 peratus undi untuk mengambil 78 kerusi -kali pertama parti HDP akan masuk ke parlimen sebagai satu parti.

Republikan Parti Rakyat di tempat kedua (CHP) memperolehi 25.19 peratus undi untuk mengambil 131 kerusi, sementara Parti Gerakan Kebangsaan (MHP) mendapat 16,48 peratus untuk mendapat 82 kerusi.

Jumlah keluar mengundi pada kali ini adalah seramai 86.25 peratus.

Presiden Recep Tayyip Erdogan dijangka meminta Parti AK sebagai pihak yang menerima jumlah tertinggi undi untuk membentuk kerajaan campuran dalam tempoh 45 hari.

Kerajaan tersebut kemudian akan mengemukakan program kepada perhimpunan parlimen dalam masa seminggu, di mana ia akan tertakluk kepada undi tidak percaya.

Jika parlimen tidak menyokong kerajaan baru, Presiden boleh mengarahkan diadakan pilihanraya baru.

Lebih daripada 53.7 million rakyat Turki layak untuk keluar mengundi dalam pilihanraya untuk memilih 550 ahli kepada Dewan Negara pada pilihanraya kali ini.

Sumber:Anadolu Agency

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

China Pecah Masuk Data Pekerja Amerika Syarikat

Next Post

Perang Siber: Amerika Mahu Serang Balas

Related Posts
Skip to content