China Turunkan Kadar Mata Wang Yuan Sebelum Perbincangan Perdagangan AS Bermula

Gambar ihsan Wall Street Journal

 

China menurunkan penetapan kadar mata wang harian lebih dari apa yang para pedagang dan penganalisa jangkakan sebelum kedatangan pegawai tinggi Amerika Syarikat ke negara tersebut untuk membincangkan isu-isu perdagangan.

People Bank of China (PBOC) memotong kadar rujukan kepada 6.3670 untuk setiap dolar, lebih rendah dari anggaran purata 6.3610 hasil kaji selidik Bloomberg terhadap 21 orang pedagang dan penganalisa. Perbezaan tersebut adalah yang terbesar sejak 7 Februari dan berterusan hingga April.

“Langkah tersebut adalah agresif,” kata Ken Cheung, ahli strategi mata wang di Mizuho Bank Ltd di Hong Kong. “China mungkin mahu merendahkan yuan sebelum perbincangan dengan Amerika Syarikat supaya mereka mempunyai ruang untuk mengukuhkan mata wang”, kata Cheung sambil menambah bahawa pembuat dasar juga mungkin akan tertarik dengan peningkatan yuan di kemudian hari.

Delegasi Amerika Syarikat yang diketuai Setiausaha Kementerian Kewangan Steven Mnuchin akan berada di China untuk membincangkan isu-isu ekonomi dan perdagangan dengan Naib Perdana Menteri Liu He pada hari Khamis dan Jumaat, menurut China Central Television. Penasihat White House Larry Kudlow dan Peter Navarro, dan Setiausaha Kementerian Perdagangan Wilbur Ross juga akan berada di Beijing dalam usaha untuk mengurangkan defisit perdagangan Amerika Syarikat.

PBOC akan terus merendahkan penetapan kadar mata wang yuan di tengah-tengah kekuatan dolar bertujuan mengekalkan kestabilan indeks wajaran perdagangan, menurut Adarsh Sinha, ketua strategi mata wang Asia di Bank of America. Para pelabur turut menjangkakan kerendahan mata wang yuan hingga ke tahap 6.5 setiap dolar pada dua hingga tiga bulan akan datang.

Yuan turun sebanyak 0.45 peratus, paling banyak sejak 1 Mac, iaitu kepada 6.3595 setiap dolar di Beijing dan kehilangan 0.3 peratus di Hong Kong. Indeks rasmi CFETS RMB, yang menganalisa mata wang China berbanding 24 mata wang asing yang lain, berada pada paras tertinggi sejak April 2016.

“China mungkin bimbang dengan potensi memburukkan konflik perdagangan dengan Amerika Syarikat yang akan menjejaskan eksport, dan kemungkinan akan menghantar isyarat bahawa mata wang akan terus lemah jika ketegangan meningkat,” kata Qi Gao, seorang ahli strategi di Scotiabank yang berpangkalan di Singapura. “PBOC tidak akan membenarkan penurunan pesat, kerana langkah sedemikian boleh mencetuskan aliran keluar modal yang besar dan sukar dibendung.”

 

Sumber: Bloomberg

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Previous Post

Angkatan Tentera Israel ceroboh kubur warga Palestin

Next Post

Chinese premier arrives in Indonesia for official visit

Related Posts