Erdogan mengelar Netahanyu pengganas

ANKARA, 15 Rejab 1439H, Isnin – “Kamu adalah seorang pengganas. Sejarah sedang merekodkan apa yang kamu lakukan kepada semua rakyat Palestin,” kata Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan yang yakin warga Israel juga terganggu dengan salah laku Benjamin Netanyahu.

Erdogan berkata demikian sebagai menjawab kritikan Perdana Menteri rejim Zionis itu berhubung tindakan Turki meneruskan operasi membanteras pengganas di Afrin, Syria.

“Dia kata askar kita menekan penduduk Afrin. Netanyahu, awak sangat lemah, amat menyedihkan.

“Kami berurusan dengan pengganas, tetapi awak tidak. Sebab awak adalah negara pengganas,” katanya kepada Kongres Parti Keadilan dan Pembangunan (AK Parti) di wilayah Adana di selatan Turki.

Kenyataan beliau menyusul selepas sekurang-kurangnya 17 rakyat Palestin terbunuh ditembak askar rejim pengganas Israel, manakala lebih 1,500 lagi cedera, ketika menyertai ‘The Great March of Return’, di sempadan Gaza-Israel, Jumaat lalu.

Menggelar pemimpin rejim Zionis itu sebagai ‘penceroboh’ di Palestin, Erdogan berkata, Netanyahu tiada hak untuk mengkritik Turki.

Jumaat lalu, lebih 30,000 warga Palestin, termasuk pelarian, menyertai perarakan yang menjadi simbolik kepada cita-cita mereka untuk pulang ke rumah dan tanah yang dirampas rejim pengganas Israel pada 1948 lalu. Dalam ‘Peristiwa Nakba’, ratusan ribu rakyat Palestin dihalau dari tanah dan rumah mereka.

Bagaimanapun, rejim pengganas Israel menggunakan senjata api, kereta kebal, gas pemedih mata dan peluru hidup untuk menyuraikan penunjuk perasaan yang berkumpul tidak jauh dari sempadan di lima lokasi di Gaza. – Agensi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Lawatan Kapal Perang Tentera Laut British di Australia

Next Post

الدبلوماسية القطرية: الكشف عن أزمة معقدة

Related Posts

Notice: wpdb::prepare was called incorrectly. The query does not contain the correct number of placeholders (6) for the number of arguments passed (4). Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 4.8.3.) in /home/rekasawa/fokus.my/wp-includes/functions.php on line 5313

Terkini: 200 Tentera dan 4 Helikopter Dikerah Mencari 7 Murid Orang Asli yang Hilang

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah mengerahkan lebih dari 200 pegawai dan 4 buah helikopter Agusta  bagi membantu  misi…
Read More