Contextualization : Kajian & Penelitian Woodberry Terhadap Komuniti Muslim

Kajian lapangan yang dibuat oleh J.Dudley Woodberry, seorang Professor Senior dan dekan di Fuller Theological Seminary World of Missions dalam pengkhususan  Pengajian Islam pada tahun 1996 memberi gambaran yang luas berkenaan strategi yang digunakan missionary untuk menyebarkan fahaman Kristian dalam kalangan komuniti masyarakat Muslim, secara umumnya.

J. Dudley Woodberry

 

‘Contextualization Among Muslims’ atau dalam bahasa yang lebih mudah, mengaplikasikan atau menyerapkan sesuatu fahaman tanpa menanggalkan identiti, adat dan budaya sesebuah kaum. Kajian yang ditulis oleh Woodberry ini telah membandingkan tiga agama secara khusus iaitu Kristian, Yahudi, dan Islam dari segi struktur kepercayaan, ibadah atau ritual keagamaan dan syiar ( lambang), menjadikan seolahnya Islam adalah agama yang juga datangnya daripada agama yang terdahulu.

Kajian ini harus difahami daripada dua sisi iaitu dengan menggunakan prinsip dasar daripada ketiga-tiga agama ini dan mendapatkan reaksi daripada kedua-dua pihak Muslim dan Kristian. Pertaman adalah untuk menggunapakai semula prinsip dasar yang sebelumnya daripada Kristian dan Yahudi, untuk didakwa keasliannya dan keduanya kita akan menilai pergerakan ‘the believers’ untuk mengadaptasi prinsip dasar yang diimani agama sebelumnya kepada agama baru Christian yg dianutinya.

 

Need for contextualization.

1. Sebagai satu cara mudah convert untuk mengamalkan ritual ibadahnya

2. Salah satu sebab ritual Kristian ini dipandang jelik oleh komuniti Muslim

Paul Hiebert, berdasarkan ringkasannya dalam North-American Conference for Muslim Evangelization 1978 ada menyatakan ‘The Gospel and Islam, The Gospel and culture’, bagaimana sesebuah budaya itu menjadi penghubung yang membawa mesej Gospel dan sebaliknya, bagaimana Gospel pula mencerminkan budaya.

Harvie M Cornn pula dalam ‘The Muslim Converts and His Culture’ memberi signal bahawasanya faktor sosiologi setempat menjadi penghalang untuk Muslim di‘convert’ berbanding faktor teologi dan kemudiannya cuba mencari solusi untuk berhadapan dengan faktor setempat tersebut. Ini menjadi bukti bahawa dalam sebuah komuniti Muslim apabila datang satu budaya yang asing daripada agama dan adat, mereka akan menolaknya dan menganggap ianya adalah sesuatu yang tidak diterima.

Dan banyak lagi bukti lain yg dipaparkan dalam artikel.

buku berkenaan Contextualization

 

Christian and Muslim Reactions

Hakikat yang perlu dihadapi apabila ramai Kristian dalam dunia Muslim menentang konsep Contextualization Among Muslim, antara sebabnya Gabriel Habib, seorang pastor Greek Orthodox ada menyatakan dalam suratnya,

“The loss of such a precious spiritual heritage in our efforts to communicate the message of Christ diminishes the real potential of accumulate spiritual experience”

Terlalu banyak perkara yang hendak di’kontekstualisasi’kan dalam usaha kita untuk menyebarkan mesej ini sehingga kita kehilangan ruh beragama yang sebenar.

Contoh aplikasi ‘Contextualization’ yang digunakan oleh Missionaries dalam mendekati para Muslim, mereka tidak mengaku Kristian secara zahirnya, mereka lebih suka untuk menggelarkan diri sebagai Pengikut Isa, menukarkan gereja kepada Masjid Isa, dan terma Ruhullah sebagai ganti kepada Jesus.

Contoh yang lainnya dilaporkan oleh media The Malaysian NST ( 1988), gereja meniru jejak amalan yang sama Muslim membaca Quran ketika membaca bible, antaranya, duduk di atas lantai, menggunakan rehal dan mengenakan pakaian lagaknya seperti seorang Muslim. Amalan seperti ini nyata menimbulkan kesangsian dan keraguan antara Muslim dan Kristian.

Pada tahun 1988 juga, Kerajaan Negeri Selangor meluluskan Enakmen Ugama Bukan Islam 1988 yang mengawal pengembangan agama bukan Islam. Seksyen 9, bahagian I dan II menjelaskan kalimah-kalimah dan ungkapan yang dilarang digunakan oleh agama bukan Islam.

Penentangan dari kedua belah pihak berkenaan ‘Contextualization’ mungkin boleh dikurangkan sekiranya ditunjukkan terma-terma dan ritual ibadah yg banyak persamaan di antara komuniti Muslim dan Kristian.

Previous Use of The Pillars

Oleh kerana itu, Woodberry mengeluarkan artikel kajian menggunakan 5 Rukun yang diimani oleh Muslim dan beliau memberi penjelasan bahawa rukun-rukun tersebut sudah diamalkan sejak dari sebelum Islam itu wujud.

Woodberry menggunakan sisi pandang dari sudut history, linguistic, terminology, postures dan content ketika menganalisa rukun-rukun serta mengaitkannya dengan agama Kristian, Yahudi dan Islam.

1. Shahadah

2. Solat

3. Puasa

4. Zakat

5. Haji

Pada akhirnya nanti disimpulkan bahawa perkataan-perkataan atau amalan yang digunakan ini seperti Allahu Akbar, Wahyu, Qibla dalam ketiga-tiga agama telah pun digunakan sebelum kedatangan Nabi Muhammad. Sistem yang digunapakai seolah-olah serupa, tetapi makna akar umbinya asalnya masih lagi kekal.

buku berkenaan Contextualization

 

Antara strategi mereka dalam ‘Contextualization’

1. Mengerjakan ritual ibadah sepertimana Muslim bersembahyang, bilangan rakaat dan waktu bersembahyang juga hampir serupa, cuma ada perbezaan dalam pembacaan-pembacaan harian.

2. The New Testament diterjemahkan kepada tatabahasa terma Muslim dan kitab-kitab tersebut dijual di seluruh bandar.

3. Pimpinan Kristian lebih mengetahui perihal al-Quran lebih daripada penganut Muslim itu sendiri, sehinggakan mereka boleh menafsir kenyataan dalam al-quran daripada sudut kandungan Bible, contoh diperkuatkan lagi dengan tanda-tanda kiamat adalah The Return of Jesus.

4. Attitude mereka towards the Quran. – hanya diturunkan untuk orang Arab dan penduduk-penduduk Mekah.

Konklusi

Antara masalah yang dihadapi evangelis terhadap kaedah Contextualization ini antaranya :

Masalah 1 : masalah melatih kepimpinan untuk gerakan yang baru

Masalah 2 : membina hubungan dengan sesama gereja tanpa menghalang pertumbuhan gereja

Masalah 3 : mengguna semula bentuk ‘Muslim’ tanpa sekelumit identiti berkaitan agama

Masalah 4 : mengelak terlalu banyak kontekstualisasi yang menghalang proses kematangan

 

Rabiatul Adawiah Mohamed Shukor

Penyelidik Isu Evangelis Antarabangsa,

Al-Quds Centre for Studies & Development

 

Sumber:

“ Contextualization Among Muslims Reusing Common Pillars”

J. Dudley Woodberry 1996.

1 comment
  1. Salam. Satu kupasan yang menarik tetapi saya harap admin dapat memperbaiki cara penulisan dan tidak menggunakan bahasa rojak dalam penulisan.
    Teguran ikhlas dari saya. Wasalam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Kejatuhan Harga Minyak Dunia: Punca & Implikasi ke atas Malaysia

Next Post

DUALISME:RACUN PEMIKIRAN MANUSIA

Related Posts
Skip to content