DUALISME:RACUN PEMIKIRAN MANUSIA

Satu ketika luahan ini tiba kepada saya;

“Kau tak faham, pernah kau tanya kenapa aku tukar jantina? Selami diri kami kenapa jadi begini? Pernah kau tanya sebab apa mereka jadi pelacur? Ini sumber pendapatan kami. Ada pernah kau kesah anak aku makan apa, sekolah macam mana? Kos sara hidup tinggi, kami hanya mencari rezeki untuk terus hidup. Walaupun kami begini, kami tetap perjuangkan keadilan untuk rakyat minoriti seperti kami. Hidup kami ditindas pemerintah zalim.. Yang kau tahu hanya menghukum…”

Selang beberapa hari kemudian saya membelek semula buku-buku yang dibeli pada cuti musim panas lepas. Saya cuba mengambil istifadah banyak mungkin dari pembacaan ini dan akhirnya dipertemukan dengan jawapan kepada sang luahan di atas, seterusnya menggerakkan jari-jari ini untuk menulis.

Dualisme; itu sahaja yang terjawab dari muntahan perasaan mereka. Kerana wujud kontradiksi antara perbuatan salah mereka dan niat ‘baik’ mereka yang ‘suci murni’. Sekali fikir kasihan mereka, betul mereka susah. Tetapi matlamat tak menghalalkan cara!

Apa yang kalian cuba sampaikan? Supaya kami membiarkan kalian sebegini, belai kasih, sokong? Atau nak kata bahawa walaupun kalian begini, kalian masih manusia yang baik, berguna kepada masyarakat, menyumbang dan menjadi aktivis?

Dualisme merupakan Philosophy of Mind (Falsafah Akal) yang digemari oleh Descartes, Kant, Leibniz dan lain-lain. Malah fahaman ini lebih awal muncul pada zaman Mesir kuno, Babylonia, dan Greek kuno.

 

question-small

 

Seorang dualis melihat jiwa dan raga (mind-body), jasadi dan ruhi, jasmani dan spiritual sebagai dua entiti yang berbeza. Jasad mungkin melakukan kejahatan terapi ruhinya suci. Perbuatan itu salah tapi tujuan kami baik!

Dalam Islam, kita percaya bahawa setiap perkara yang berlaku dari tangan manusia pasti ada niat dan tujuan yang ingin dicapai oleh manusia itu. Dalam Islam hasil jasadi adalah suruhan ruhi (innama al-a’mal bil al-niyyat). Jika baiknya hati, rohani, spiritual insan maka baiklah amalannya. Allah hitung amal manusia itu berdasarkan niat hamba-hambaNYA.

Hasil dari doktrin dualisme ini maka lahirlah manusia seperti; “ateis yang baik”, “pelacur yang suci”, “koruptor yang dermawan”, “perompak yang santun”. Malah wujud slogan dari modernis muslim, “Jalankan syariat sesuka hatimu yang penting mencapai maqasid syariah”.

Untuk kalian yang saya maksudkan di awal penulisan ini, kembalilah ke pangkal jalan. Bukan dengan cara itu sepatutnya kalian meraih rezeki yang halal. Cubalah banyak pekerjaan lain yang tidak melanggar syariat Allah. Kepada yang merasakan pertukaran jantina itu baik, sedarlah kalian akan fitrah manusia yang sebenar dan akibat golongan yang terdahulu yang ingkar kepada fitrah manusia yang telah Allah cipta sebaiknya.

AFIFI SALEH ABDUL RAHMAN

Ketua Kajian Ideologi Barat & World Order

http://afifiabdulrahman.com/?p=562

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Contextualization : Kajian & Penelitian Woodberry Terhadap Komuniti Muslim

Next Post

Krisis Yaman & Syiah Houthi

Related Posts
Skip to content