Dua per Tiga Penduduk Israel Mahu Berundur dari Timur Baitul Maqdis

israeli-riot-police-outside-al-aqsa-mosque

Keputusan hasil kaji selidik yang diperoleh daripada rakyat Israel menunjukkan bahawa sekitar dua per tiga daripada rakyat Israel menyokong penuh pengunduran tentera Israel dan penduduk-penduduk dari Timur Jerusalem, lapor akhbar Maariv pada Jumaat lalu.

Menurut kaji selidik tersebut menunjukkan 29 peratus daripada penduduk Israel menentang cadangan pengunduran ini. Hasil dapatan turut menunjukkan bahawa 67 peratus penduduk Isreal tidak berpuas hati dengan tindakan yang diambil oleh Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu ketika pergerakan intifada sedang giat dijalankan.

Sementara itu, 61 peratus daripada penduduk Israel menyokong pelancaran boikot ke atas ekonomi rakyat Palestin yang tinggal di Israel, manakala sebanyak 29 peratus lagi menolak cadangan tersebut.

Akhbar tersebut juga melaporkan bahawa 58 peratus penduduk Israel menyokong pemindahan sukarela rakyat Palestin yang berada di Barat Jerusalem. Cadangan ini adalah cadangan asal bekas Menteri Israel Rahb’am Ze’yi.

Berhubung soal keselamatan, 65 peratus penduduk Palestin yang tinggal di Israel mengaku bahawa mereka berasa kurang selamat ketika berpindah di sekitar kawasan penempatan penduduk Yahudi, sementara 92 peratus penduduk Yahudi pula melaporkan kebimbangan yang sama berkenaan soal keselamatan apabila mereka berpindah di sekitar bandar-bandar yang diduduki oleh penduduk Arab di Israel.

Lebih kurang 80 peratus penduduk Yahudi menyatakan bahawa mereka berasa tidak tenteram apabila mereka berpindah ke dalam kawasan bandar yang dihuni oleh penduduk Palestin dan Yahudi seperti di Ramle, Acre, Lod dan Haifa.

 

Diterjemah oleh: Wan Nur Khairunnisa

Sumber: MEM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Keselamatan Ruang Siber, Salah Satu Agenda Malaysia

Next Post

Merungkai Kekusutan Konflik di Timur Tengah – Prof. Ayoob

Related Posts

Berminat Untuk Menyumbang?

Kami di FOKUS sentiasa menghargai sokongan anda untuk terus menghasilkan kandungan berkualiti. Sumbangan anda akan membantu kami meningkatkan lagi mutu dan membantu operasi laman web ini.

Skip to content