Di dalam bab Dominionism and Christian Zionisme in Malaysia, Ian Buchanan mendedahkan statistik sebanyak 70% penganut Kristian di Malaysia adalah Evangelis.
Gerakan Evangelis ini dipengaruhi agenda global imperialis barat dan Yahudi, faham mereka adalah Christian Zionism dan Dominionism.
Walaupun tidak semua Evangelis di Malaysia berfahaman ekstremis begini, tetapi trend yang meningkat saban tahun membimbangkan.
Evangelis menyasarkan dakyah mereka kepada lebih 60 juta Chinese overseas di serata dunia. Penekanan diberikan kepada orang Cina di Asia Tenggara.
Hal ini diperakui sendiri oleh Ian Buchanan di dalam bukunya The Armies of God a Study In Militan Christianity pada muka surat 273-276. Soalnya kenapa bangsa Cina?
Bangsa Cina menjadi sasaran gerakan Evangelis Global kerana mereka berpengaruh dan menguasai ekonomi tempatan (90% di Thailand, 73% di Indonesia, 70% di Malaysia, 50% di Filipina dan trend-trend yang sama di negara-negara seperti Australia, Afrika dan Asia Tengah).
Bagi Zionis, ini adalah peluang yang sangat berharga untuk melebarkan hegemoni mereka kerana Chinese overseas berada di serata dunia, memegang nilai aset sebanyak lebih $2 trillion.
Hal ini dibuktikan sebagai contoh di Indonesia pada tahun 2006, 22 daripada 40 keluarga terkaya adalah berasal daripada keturunan Cina dan separuh daripada mereka adalah Evangelical Protestant yang mengawal 45% daripada keseluruhan kekayaan.
Di Malaysia, gerakan Evangelis mengambil manfaat daripada taikun Kapitalis Evangelis di Malaysia seperti Tan Sri Francis Yeoh (YTL Power), Tan Sri Chan Ah Chye (Kumpulan Europlus Bhd), Tan Sri Khoo Kay Peng, Tan Sri Tiow Hew Ting, Datuk Tony Tiah.
Sebagai contoh projek yang dibangunkan adalah Calvary Church Centre (CCC) dan Damansara Utama Methodist Church (DUMC).
Bagaimana mereka menjalankan strategi ini?
Mereka menggunakan mesej-mesej konteksualisasi dengan menerobos ‘networking’ sistem guanxi (kekeluargaan) kaum Cina untuk menggecarkan dakyah-dakyah mereka.
Bangsa Cina dihampiri dengan mengatakan bahawa mereka adalah bangsa pilihan dan penganut Kristian yang asal (proto Christians) selain dikaitkan dengan bangsa Yahudi, dan keturunan Yahudi yang hilang.
Evangelizing the Nanyang (Mengkristiankan Asia Tenggara) adalah satu projek di bawah faham agenda gerakan Evangelis Global untuk mengkristiankan bumi Asia Tenggara dan membebaskannya daripada Islam.
Bersambung. .