Hutang Negara Cecah 81.9% KDNK, Hasil Penjimatan Subsidi Tanggung Kos Bayaran Hutang

Bekas Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli mendakwa kadar hutang sebenar negara mencecah kira-kira 81.9% daripada KDNK, seterusnya menghapuskan penjimatan yang terhasil daripada rasionalisasi subsidi.

Beliau berkata, walaupun kerajaan mendakwa berjaya mengurangkan paras hutang, kos sebenar perkhidmatan hutang terus meningkat, bertambah sebanyak RM17.8 bilion daripada RM40.5 bilion pada 2022 kepada RM58.3 bilion pada 2026. – The Edge

Menurut Kementerian Kewangan, sebahagian besar perbelanjaan DSC iaitu RM53.5 bilion diperuntukkan bagi bayaran faedah dan keuntungan instrumen domestik manakala baki sebanyak RM0.8 bilion bagi membayar pinjaman luar pesisir. – Bernama

Bekas Menteri Ekonomi itu menjelaskan bahawa peningkatan beban hutang ini secara efektif menghapuskan penjimatan sebanyak RM18 bilion hasil daripada rasionalisasi subsidi dan bantuan sosial dalam tempoh yang sama. – The Edge

Rafizi turut memberi amaran bahawa pendedahan sebenar hutang Malaysia jauh lebih besar apabila liabiliti luar imbangan diambil kira. Setakat 2024, jaminan kerajaan terhadap entiti milik kerajaan dan projek kerjasama awam-swasta (PPP) berjumlah RM332.8 bilion, bersamaan 17.2% daripada KDNK. – The Edge

Manakala, jumlah keseluruhan hutang dalam dan luar negara Malaysia setakat Jun 2025 pula mencecah RM1.3 trilion, bersamaan 64.7% daripada KDNK. – The Edge

“Apabila digabungkan dengan jaminan kerajaan sebanyak 17.2% daripada KDNK, keseluruhan pendedahan hutang negara kini mencecah kira-kira 81.9% daripada KDNK,” katanya ketika membahaskan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat pada Isnin. – The Edge

Disediakan oleh:
Knowledge Management Center(KMC), IRIS Institute

**RADAR adalah produk pantauan berita harian IRIS yang memaparkan perkembangan berita-berita strategik dalam setiap bidang utama mengikut sudut pandang IRIS. Sebarang perbincangan dan persoalan boleh diajukan diruang komen atau pautan https://pertanyaaniris.wasap.my/, pihak IRIS akan cuba menjawab

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

KPKT Tubuh Jawatankuasa Pembangunan Kampung Baru Cina, Tumpu Bina Rumah Baru dan Sedia Bantuan Kewangan

Related Posts

Langgan sekarang untuk terus membaca.

Dapatkan akses premium merangkumi berita, senario bidang-bidang utama yang dirumuskan dan laporan analisa khas.

Pakej Asas

RM200 / tahun

Pakej Perak

RM500 / tahun

Pakej Premium

Bermula RM1000

Berminat Untuk Menyumbang?

Kami di FOKUS sentiasa menghargai sokongan anda untuk terus menghasilkan kandungan berkualiti. Sumbangan anda akan membantu kami meningkatkan lagi mutu dan membantu operasi laman web ini.