Iran, Indonesia Setuju Berdagang Mata Wang Tempatan, Hapus Dominasi Dolar AS

Presiden Iran, Seyed Ebrahim Rayeesi mengesahkan Tehran dan Jakarta bersetuju untuk mengukuhkan dan mengembangkan hubungan ekonomi antara kedua-dua negara.

Langkah yang diambil dengan memulakan dagangan dalam mata wang tempatan – usaha untuk menamatkan monopoli dolar Amerika Syarikat (AS).

Presiden Iran, yang sedang dalam lawatan rasmi ke Indonesia sebagai ketua delegasi politik-ekonomi berpangkat tinggi, menyatakan telah memutuskan untuk mempromosikan nilai perdagangan mereka kepada $20 bilion.

Beliau menegaskan, kedua-dua negara bertekad untuk mempromosikan pertukaran menggunakan mata wang negara untuk mengetepikan dolar AS.

Beberapa negara telah menegaskan bahawa mereka tidak lagi mahu mata wang AS kerana telah menjadi instrumen kewangan yang tidak boleh dipercayai.

Presiden Iran itu berkata, pemeteraian dokumen berbeza untuk kerjasama dua hala dalam pelbagai sektor mengesahkan keinginan kedua-dua pihak untuk membangunkan hubungan dalam semua bidang.

Di hadapan Raeisi dan Widodo, pegawai kanan Iran dan Indonesia menandatangani 11 dokumen dan perjanjian untuk mengukuhkan kerjasama dalam konteks perdagangan.

Ia teemasuk pembatalan visa, pertukaran budaya, penyeliaan ke atas produk farmaseutikal, sains dan teknologi serta minyak dan gas.

Raeisi juga berkata, sekatan dan tekanan yang menindas telah gagal menghalang kemajuan Iran, atas dasar itu Tehran mahu memperbaiki hubungan dengan negara-negara Islam dan jiran.

Katanya, di sebalik tekanan dan sekatan yang menindas, golongan belia Iran telah berjaya mengorak langkah besar ke arah peningkatan sains dan teknologi serta pembangunan ekonomi negara.

Selain itu, mengulangi dasar luar Iran, beliau berkata, Tehran dan Jakarta mempunyai pendirian yang sama dalam isu-isu utama serantau dan global, termasuk Palestin dan Afghanistan.

“Kedua-dua negara komited untuk menyokong hak rakyat Palestin sehingga pembebasan al-Quds,” katanya. – Agensi

Sumber: ISMAWeb

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

MA63: Beri Kuasa Pentadbiran Pendidikan, Kesihatan Kepada Sabah Dan Sarawak Dibincang – Fadillah

Next Post

Malaysia Beli 18 Jet Pejuang Korea RM4.1 Bilion

Related Posts

Berminat Untuk Menyumbang?

Kami di FOKUS sentiasa menghargai sokongan anda untuk terus menghasilkan kandungan berkualiti. Sumbangan anda akan membantu kami meningkatkan lagi mutu dan membantu operasi laman web ini.

Skip to content