Kecemerlangan AKP Perlu Diteruskan

11406422_953059221424392_2976533009829969645_o

Barisan kabinet menteri Turki mengetengahkan segala pencapaian mereka sepanjang tempoh kerajaan mereka memerintah Turki dalam satu temu bual dengan Agensi Anadolu, menjelang pilihanraya parlimen pada 7 Jun (hari ini).

 

Kewangan dan Ekonomi

Menteri Ekonomi Turki, Nihat Zeybekci berkata bahawa ia adalah satu pencapaian yang memberangsangkan apabila jumlah eksport Turki telah meningkat dari $36 bilion untuk $171 bilion.

Zeybekci berkata bahawa ekonomi sudah pulih semula “daripada ekonomi yang pasif bertukar aktif”.

“Dalam tempoh ini, kami bersungguh melakukan apa yang perlu bagi mencapai $500 bilion eksport, meningkatkan pendapatan negara kepada $25,000 dan mencapai sasaran kerajaan menjelang 2023,” kata beliau.

Beliau berkata lagi bahawa kementeriannya terus menyokong sebarang urusan pembelian barangan berteknologi tinggi dari luar negara di samping menyokong barangan dieksport dari Turki.

Kementeriannya berjaya menyelesaikan sebarang masalah dari pengeksport dan pelabur, dan menggalakkan usaha promosi dan pameran yang dianjurkan oleh mereka di luar negara.

Menteri Kewangan, Mehmet Simsek menyebut bahawa, pencapaian paling penting dalam kementeriannya adalah mencapai tahap disiplin dan bertegas dalam pelaksanaan dasar atau polisi, sehinggakan menurut beliau, pencapaian itu menyebabkan Turki bebas dari hutang dan faedah.

“Sehingga 14 Mei 2013, kami benar-benar membayar hutang kami kepada Tabung Kewangan Antarabangsa (International Monetary Fund) dan telah memindah bajet faedah ke bajet pelaburan dan perkhidmatan,” kata Simsek.

Beliau berkata lagi, kadar faedah sebenar, yang merupakan 25.4 peratus pada tahun 2002, telah diturunkan ke 2.6 peratus pada bulan April 2015, sambil menambah bahawa kementerian itu telah memperuntukkan lebih banyak dana kepada sektor kesihatan dan pendidikan.

Berkenaan sokongan atau galakan program-program bantuan sosial dan kebajikan, Simsek berkata, “Kami telah meningkatkan jumlah peruntukan untuk program-program bantuan sosial kepada $32.9 bilion, yang sebelumnya berjumlah $6.6 bilion pada tahun 2007.”

 

Tenaga dan Sumber Asli

Menteri Tenaga dan Sumber Asli Turki, Taner Yildiz pula mengetengahkan projek-projek antarabangsa, termasuk Trans Anatolia Projek Saluran Paip Gas Asli (TANAP) dan projek saluran paip gas Stream Turki dengan Rusia.

“Projek-projek sebegini akan meningkatkan lagi nilai dan kepentingan Turki di peringkat antarabangsa,” kata Yildiz.

Beliau berkata bahawa projek saluran paip TANAP akan dilaksanakan dalam 21 wilayah Turki, menggunakan kira-kira 5,000 orang tenaga kerja dan menyediakan hampir $10 bilion aliran tunai (cash flow) kepada ekonomi Turki.

Beliau juga menyebut berkenaan projek loji kuasa nuklear Turki yang bertujuan untuk meningkatkan sumber tenaga negara.

 

Keluarga dan Masyarakat

Menteri Keluarga dan Dasar Sosial, Aysenur Islam berkata kementeriannya telah melancarkan program berbentuk kebajikan dan sokongan sosial di beberapa wilayah dalam penggal pentadbirannya.

Islam berkata bahawa anjuran program-program tersebut menyentuh isu-isu rumit seperti keganasan rumah tangga, penggunaan dadah dalam kalangan kanak-kanak dan perkahwinan awal dalam kalangan rakyat Turki.

 

Kesihatan

Menteri Kesihatan, Mehmet Muezzinoglu mengetengahkan projek vaksinasi dan imunisasi Turki yang membolehkan setiap rakyat berjimat sehingga $500 untuk kos vaksinasi.

Menteri Perhutanan dan Air Turki, Veysel Eroglu berkata bahawa Turki telah mengalami isu air yang besar semasa kerajaan AK Parti mengambil alih kuasa pada tahun 2002.

“Kami telah menyelesaikan masalah air dalam 76 wilayah Turki,” kata Eroglu.

 

Pengangkutan

Bekas Menteri Pengangkutan, Lutfi Elvan berkata bahawa kerajaan kini sudah membina 29 buah lapangan terbang, di mana hanya 26 buah sahaja telah dibina dalam tempoh 80 tahun sebelum kerajaan sekarang mengambil alih kuasa.

Beliau juga menekankan bahawa beberapa projek pembangunan kereta api berkelajuan dimulakan dalam tempoh pentadbiran kementerian beliau. Elvan berkata kementerian telah membina lebuhraya dua hala sepanjang 18,000 kilometer.

“Selain itu, projek lebuh raya bernilai $9 bilion yang menghubungkan Istanbul dan Izmir sedang dibina dan dijadualkan siap serta boleh digunakan oleh rakyat menjelang 2017,” katanya.

 

Perundangan dan Keselamatan Dalam Negeri

Bekas Menteri Dalam Negeri, Efkan Ala berkata bahawa kementerian di bawah pimpinannya menyedari pentingnya sistem perundangan dan peraturan bagi mengekalkan keamanan dan keselamatan rakyat.

Kata beliau, sistem tersebut merangkumi polis, gendarmerie dan pengawal perairan pantai, yang membuka jalan kepada mereka untuk berkhidmat kepada lebih ramai orang di luar dan bukannya mereka hanya duduk bekerja di dalam pejabat.

Elvan, Ala dan Menteri Kehakiman Bekir Bozdag telah meletak jawatan pada 7 Mac menjelang pilihan raya parlimen selaras dengan perlembagaan negara.

 

Pendidikan dan Inovasi

Menteri Sains, Industri dan Teknologi Turki, Fikri Isik berkata bahawa kementeriannya telah menyelesaikan segala usaha untuk membina sebuah Lembah Informatik (Informatics Valley) di wilayah barat Kocaeli.

“Projek itu termasuk 37 kawasan industri terancang, 14 buah universiti, Badan Saintifik dan Penyelidikan Teknologi Turki [TUBITAK] dan Institusi Piawaian Turki [TSE],” kata Isik.

Beliau berkata kementeriannya juga telah melancarkan satu projek untuk mencipta kereta elektrik dan satelit GOKTURK-2, dan akan melancarkan satelit TURKSAT 6 ke ruang angkasa.

Menteri Pendidikan, Nabi Avci menekankan berkenaan kelas-kelas tutor yang dikendalikan secara persendirian, yang dikenali sebagai ‘Dersane’, dinaiktaraf ke sekolah-sekolah swasta.

“Setakat ini, 2,626 kelas tutor telah memohon dan 2,228 daripada mereka telah dikaji dan disemak,” kata Avci, sambil menambah bahawa 364 daripada mereka telah secara rasmi dinaiktaraf kepada sekolah-sekolah swasta dan 401 lagi ditutup.

Avci juga menyatakan bahawa kanak-kanak perempuan Turki kini mempunyai kebebasan untuk datang ke sekolah-sekolah dengan memakai tudung.

Tambahan, sejumlah 84,921 papan pintar (smart board) telah dipasang di 3645 buah sekolah, manakala 700,000 komputer tablet telah diedarkan dalam kalangan pelajar, katanya.

Kira-kira 56 juta rakyat Turki akan mengundi pada pilihan raya umum negara ke-25 untuk memilih 550 anggota Parlimen pada hari ini. (7 Jun)
Sumber : MEM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Pilihanraya Parlimen Turki Bermula

Next Post

Marital Rape and The Fitnah Against Islam

Related Posts
Skip to content