Rakyat Amerika Sudah Muak dengan Pelobi Israel dan Netanyahu

 

Benjamin Netanyahu di Persidangan AIPAC
Benjamin Netanyahu di Persidangan AIPAC

“Rakyat Amerika sudah muak dengan pengaruh pelobi Israel di Amerika Syarikat dan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu,” kata Scott Bennet, penganalisis “counter-terrorism” AS.

Dalam temu bualnya bersama Press TV pada Sabtu lalu, Bennet memberi komen berkenaan kempen American Israel Public Affairs Committee (AIPAC) yang dianjurkan untuk menghentikan perjanjian nuklear Iran yang dibuat di Kongres US.

 Pada bulan lepas, AIPAC telah menubuhkan satu kumpulan yang dinamakan “Rakyat Untuk Iran Bebas Nuklear” bagi memujuk ahli Kongres untuk menolak keputusan yang dipersetujui sewaktu perbincangan nuklear antara Iran dan kumpulan P5+1 ­ US, Britain, Perancis, China dan Jerman ­ yang telah dijalankan di ibu negeri Austria, Vienna, pada 14 Julai.  

 “Alat propaganda US/AIPAC telah mempengaruhi pemikiran rakyat Amerika dengan tema propaganda yang teras,” kata Bennet, bekas pegawai tentera perang psikologi US.

 Beliau menyatakan bahawa “rakyat Amerika sentiasa diberitahu oleh Fox News, dan ahli-­ahli Kongres yang dibayar untuk memulakan peperangan yang berterusan dengan pemikiran-pemikiran seperti:

  •  Iran terlalu obses dengan penghapusan Israel
  • Iran terlalu obses mencipta senjata nuklear dan mereka akan berbohong, menipu dan memperdaya bagi mencapai tujuan utama mereka untuk menghapuskan Israel
  • Iran akan mencuba untuk melenyapkan Israel, kemudian Eropah, dan seterusnya Amerika Syarikat. “

 Menurut analisis,  AIPAC “bakal membelanjakan sejumlah besar wang, tetapi mereka akan membelanjakan wang tersebut untuk perkara-­perkara yang berbentuk negatif, kekejaman, ancaman dan juga ketakutan.” Tambah beliau lagi “Rakyat Amerika cukup faham dengan keadaan ini. Saya fikir mereka pasti muak dengan semua ini.”

 “Selama beberapa dekad mereka terlibat dengan peperangan dan pertumpahan darah, dan semua ini adalah sia­sia. Jadi, segala keburukan dan kekejaman yang mereka cuba ada­-adakan, bagi saya belum cukup kuat,” kata beliau memberikan pendapat.

 Sambung beliau lagi “Saya rasa bahawa pengaruh AIPAC, Ehud Barak (bekas perdana menteri Israel) dan Netanyahu benar-­benar membuka mata rakyat Amerika.

Mereka sudah penat dengan semua ini.”

“Hasilnya, saya rasa mereka tidak akan mendapatkan apa yang mereka harapkan. Duit tidak mampu membeli akal dan hati, tetapi kebenaran logik akal mampu,” Bennet membuat kesimpulan.  

 AIPAC dilaporkan telah menggunakan lebih kurang 300 pelobi di Capitol Hill dalam usaha memujuk ahli parlimen untuk mengundi penolakan perjanjian nuklear.

 AIPAC serta beberapa kumpulan penasihat pro-­Israel membelanjakan sebanyak berpuluh­-puluh juta dolar untuk memberi dana kepada kempen pengiklanan televisyen nasional bagi menjelaskan “tentang bahaya perjanjian yang ditawarkan oleh Iran.”

 Pengkritik AIPAC mengatakan AIPAC mengambil peranan sebagai ejen rejim Israel dan “mencengkam” Kongres dengan pengaruhnya yang berterusan serta kekuatan kewangannya.

 Kumpulan tersebut turut dituduh bersekutu dengan parti Likud di Israel dan Parti Republikan di Amerika Syarikat.  

 

Terjemahan: Wan Nur Khairunnisa

Sumber: PressTV

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Analisis Motif di Sebalik Perjanjian Program Nuklear Iran

Next Post

‘Pembersihan Muslim’ Besar-Besaran di Republik Afrika Tengah

Related Posts
Skip to content