Pemenang anugerah Nobel Parti Aung San Suu Kyi memenangi majoriti yang bersejarah di Parlimen Myanmar, menandakan penolakan terhadap undang-undang ketenteraan.
Sementara keputusan belum lagi diputuskan secara rasmi, kemenangan bagi Liga Demokrasi kebangsaan bermaksud bahawa mereka akan melantik Presiden seterusnya untuk negara tersebut.
Pengumuman tersebut yang mana akan dilakukan oleh suruhanjaya pilihanraya, datang bersama ulang tahun kelima pembebasan Suu Kyi dari tahanan rumah dimana 70 tahun telah berlalu untuk 20 tahun yang lebih baik.
Pilihanraya pada hari Ahad merupakan kali pertama dilakukan secara terbuka dalam tempoh 25 tahun. Suu Kyi sendiri telah terpilih untuk kembali ketempat duduknya di kawasan Kawhmu di Yangon.
Dihalang dari berada ditempat teratas.
Walaupun parti beliau telah memenangi pilihanraya tersebut, pemimpin Gerakan Demokrasi Myanmar yang sudah lama berjuang itu tetap tidak boleh menjadi Presiden.
Satu perubahan telah dibuat terhadap perlembagaan Myanmar yang mana telah digubal oleh pihak ketenteraan, menghalang sesiapa yang mempunyai keluarga asing dari menjadi pemimpin negara.
Suami kepada Su Kyi merupakan seorang warga Britain manakala anaknya pula merupakan pemegang pasport Britain.
Namun beliau tetap mendesak.
Beliau berkata minggu lepas bahawa beliau akan naik diatas Presiden jika partinya memenangi Pilihanraya yang dibuat.
Tetapi merumitkan apa-apa usaha yang dibuat untuk menggubal undang-undang pada masa akan datang, pihak ketenteraan juga mempunyai kuasa veto diatas mana-mana perubahan yang dicadangkan.
Setiausaha Negara Amerika Syarikat John Kerry menyifatkan pilihan raya Ahad ini sebagai ‘ satu langkah ke hadapan yang penting ‘ tetapi juga memberi amaran bahawa apa yang berlaku seterusnya adalah kunci kepada masa depan Myanmar.
” Tempoh selepas pilihan raya aman adalah penting untuk kestabilan dan mengekalkan keyakinan rakyat terhadap kredibiliti proses pilihan raya dan peralihan politik secara keseluruhan,” katanya dalam satu kenyataan.
Amerika Syarikat memainkan peranan penting untuk mempermainkan kepimpinan baru Myanmar sebagai negara yang cuba menyatukan keuntungan politiknya selepas proksi pembangkang mengaut kemenangan pada pilihanraya Ahad lalu, kata penganalisis.
“Pilihanraya tersebut bukanlah satu isyarat bahawa adanya demokrasi di Myanmar, ia menandakan bahawa rakyat yang mahukannya.” kata Jennifer Quigley, presiden Amerika Syarikat untuk kempen Myanmar. Tekanan Antarabangsa masih lagi diperlukan bagi membolehkan pihak ketenteraan untuk bekerjasama dengan National League for Democracy (NLD), kata pakar sebagai sebuah negara yang beralih dari pemerintahan diktator tentera.
“Amerika Syarikat merupakan salah satu daripada beberapa negara , sebenarnya, yang mempunyai mana-mana leverage tinggal,” kata Puan Quigley . Beliau mengkritik pentadbiran Obama untuk mengangkat sekatan terlalu cepat pada tahun 2012 , dengan alasan bahawa langkah Washington memakan diri apabila tekanan untuk perubahan politik berkurangan.
Ben Rhodes, Timbalan Penasihat Keselamatan Kebangsaan Obama, berkata kepada pemberita pada hari Khamis bahawa Puan Suu Kyi ” berada dalam kedudukan yang sangat kuat sebagai pemimpin NLD untuk menjadi suara utama mengenai hala tuju masa depan negara ini.” Tetapi ia bergantung kepada parlimen baru Myanmar serta para ketua untuk membuat keputusan terhadap penggubalan perlembagaan.
Ahli-ahli panel berkata bahawa satu cara untuk Amerika Syarikat boleh mempengaruhi perjalanan Myanmar pada zaman hadapan adalah dengan menawarkan pelaburan dalam bentuk pertukaran bagi sekatan baru ke atas kuasa tentera dan keupayaan untuk campur tangan dalam politik itu.
NLD memerlukan sokongan antarabangsa kerana parti tersebut akan berhadapan dengan batasan utama kepada kekuasaannya, kata penganalisis.Pihak ketenteraan dijamin dengan 25 peratus daripada kerusi parlimen, menjadikannya hampir mustahil untuk kepimpinan kerajaan baru NLD untuk meminda kuasa ketenteraan yang tertakluk dibawah perlembagaan.
Tentera juga mempunyai kuasa tunggal keatas pihak polis dan mereka juga turut berkuasa keatas tahanan politik – sebuah kuasa kritikal kerana NLD berharap agar mereka dapat menghasilkan 80 bekas tahanan politik dari parlimen.
Perlembagaan semasa juga melarang Suu Kyi dari menjadi Presiden kerana suami beliau merupakan pemegang pasport asing. Beliau berkata bahawa beliau akan tetap menjadi ‘de facto’ pemimpin kepada kerajaan baru walaupun beliau dihalang dari memegang di tempat teratas.
‘The Associated Press’ melaporkan bahawa pejabat Panglima Kanan Jeneral Min Aung Hlaing berkata bahawa pihak ketenteraan akan mengadakan perbincangan dengan Puan Suu Kyi selepas keputusan pilihan raya lengkap. Puan Suu Kyi mengeluarkan jemputan pada hari Rabu untuk mesyuarat dengan komander , bersama-sama dengan Presiden dan Speaker Dewan Shwe Mann.
Pegawai Amerika Syarikat berkata bahawa mereka merasa gembira dengan tanda-tanda awal bahawa pihak ketenteraan dan Encik Thein Sein kelihatan bersedia untuk meringankan genggaman kuasa mereka . Encik Thein Sein telah mengucapkan tahniah kepada Puan Suu Kyi terhadap kemenangan beliau dan berjanji untuk memindahkan kuasa secara aman.
Presiden Obama telah menghubungi Puan Suu Kyi untuk mengucapkan tahniah kepada beliau, lapor White House pada Khamis lalu, selepas bercakap dengan Thein Sein.
Terjemahan oleh: Muhamad Haiqal