Peranan Mata Wang China, RMB dalam Pasaran Dunia dan Cabaran Buat Amerika

Sumber gambar: REUTERS
Sumber gambar: REUTERS

Penulis The Rebalance, Mercy Kuo dan Angie Tang merupakan pakar dalam membincangkan isu semasa, ahli polisi dan pemikir strategik dunia dalam mengutarakan pelbagai pandangan mengenai pengimbangan Amerika Syarikat (AS) di Asia.

Berikut merupakan perbualan yang melibatkan penulis American Gold and Platinum Eagles dan Edmund Moy-Ketua Strategi Kumpulan Fortress Gold, Pengarah U.S. Mint yang ke-38 dalam membincangkan Panduan ke Program Dinar Emas AS.

 

Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) sedang mempertimbangkan keputusan untuk mengiktiraf mata wang China -yuan atau renminbi (RMB)- sebagai mata wang rasmi tambahan dalam Special Drawing Rights (SDR) setaraf dengan dolar, euro, yen dan sterling. Namun begitu, kuasa pasaran yang menentukan pengambilan RMB sebagai mata wang tambahan. Sila berikan pandangan anda terhadap faktor utama yang mempengaruhi keputusan IMF.

Terdapat dua faktor penting iaitu China mesti memenuhi syarat IMF, di mana China mestilah menjadi sebuah negara pengeksport terbesar dalam semua bidang dan RMB China mestilah “bebas digunakan”. China telah pun melakukan langkah terbesar dalam memenuhi syarat ini. Namun begitu, AS merasa bimbang dengan pemulihan China yang perlahan dan terhad. Tambahan lagi, pendapat AS penting dalam membuat keputusan ini kerana berkuasa besar dalam pengundian.

 

Apakah peranan RMB dalam sistem kewangan antarabangsa?

Peranan RMB menjadi semakin penting dalam sistem ini berikutan saiz ekonomi dan jumlah eksportnya yang besar. Namun, ia masih lagi tidak dapat menandingi peranan US dolar dalam sistem tersebut. Oleh itu, China akan mengambil masa yang sangat lama untuk setanding dengan AS.

 

Adakah China perlu melonggarkan (liberalization) polisi kewangan dan termasuklah kawalan ketelusannya demi menjadikan RMB sebagai mata wang antarabangsa?

Terdapat kemungkinan China akan melonggarkan polisinya sehingga layak menjadi sebahagian dalam kepimpinan ekonomi antarabangsa. Tetapi, China telah memberi petanda bahawa cara mereka sebagai “negara kapitalisme” adalah lebih baik daripada pelonggaran tersebut yang digunakan oleh Barat. Secara peribadi, saya lebih percaya kepada pasaran bebas berbanding penguasaan ekonomi. Jika China berbuat sedemikian, ia bakal berhadapan kesukaran untuk mengubah semula polisinya.

 

Apakah impak besar terhadap pengimbangan AS di Asia jika RMB dijadikan sebagai mata wang antarabangsa?

Pengimbangan AS di Asia akan menjadi sukar meskipun ia dijalankan dengan rancak tapi dalam masa yang sama China juga sedang aktif mengukuhkan pengaruh ekonomi dan meluaskan kekuatan tenteranya di Asia. Jika hal itu terjadi, maka China akan diiktiraf sebagai kuasa besar dunia dan mengukuhkan lagi usahanya untuk meluaskan kuasa.

 

Bagaimana pesaing AS menjelaskan kesan buruk RMB sebagai mata wang antarabangsa yang sedang meningkat kepada pengundi rakyat Amerika?

Saya fikir terdapat tiga kesan buruk yang dapat dijelaskan. Antaranya adalah pertama, penguasaan ekonomi antarabangsa AS akan lebih besar daripada penguasaan RMB. Kedua, China mempunyai rancangan jangka masa panjang untuk menggantikan kuasa besar AS dan melaksanakannya dengan apa saja cara tanpa menghiraukan sebarang halangan yang datang. Ketiga, RMB sukar untuk menandingi kekuatan ekonomi AS yang meningkat 4% setiap tahun.

 

Terjemahan: Nurul Fitrah Abdullah

Sumber: The Diplomat

 

http://thediplomat.com/2015/07/rmb-internationalization-and-us-economic-leadership-reforms-and-rebalance/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Pelarian Rohingya Berpindah ke Penempatan Baru di Indonesia

Next Post

Morsi Berdepan dengan Cubaan Diracun oleh Pihak Penjara

Related Posts

Tragedi Orkim Harmony: Kronologi dan Analisa Strategik Selat Melaka

11 Jun 2015 – Kapal tangki MT Orkim Harmony terputus komunikasi dengan pangkalan pada 8.57 malam di Timur Tanjung Sedili, Kota Tinggi di Johor. Tiada panggilan kecemasan yang diterima daripada kapal itu. 14 Jun 2015 – Pusat Laporan Kegiatan Melanun Biro Maritim Antarabangsa (IMB) mengesahkan menerima laporan mengenai sebuah kapal tangki membawa petrol RON95 anggaran 6,000 tan metrik dalam pelayaran dari Melaka ke Pelabuhan Kuantan hilang di kedudukan 30 batu nautika timur.
Read More

Berminat Untuk Menyumbang?

Kami di FOKUS sentiasa menghargai sokongan anda untuk terus menghasilkan kandungan berkualiti. Sumbangan anda akan membantu kami meningkatkan lagi mutu dan membantu operasi laman web ini.

Skip to content