Monopoli Petronas dan Gas Malaysia Berhad dalam industri gas negara dijangka beransur-ansur terhapus susulan pelaksanaan Pelan Hala Tuju Gas Asli yang bakal diperkenalkan pada suku ketiga tahun ini.
Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli, berkata usaha ke arah liberalisasi industri gas sudah dimulakan menerusi pindaan Akta Bekalan Gas 2016 yang memperkenalkan sistem akses pihak ketiga (TPA). Namun, sehingga 2023, hanya dua penghantaran gas asli cecair (LNG) dilakukan oleh pihak ketiga. – Bharian
Justeru, pelancaran Hala Tuju Gas Asli pada suku ketiga tahun ini adalah bagi memantapkan lagi pelaksanaan sistem TPA. – Bharian
Sistem TPA membolehkan syarikat selain Petronas mendapatkan lesen untuk menggunakan infrastruktur gas negara, termasuk terminal penggasan semula serta rangkaian talian paip penghantaran dan pengagihan, bagi menjual gas kepada pengguna. – Bharian
Pada Mei 2016, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar, menyatakan bahawa industri pembekalan gas ketika itu masih dimonopoli oleh pemain sedia ada seperti Petronas dan Gas Malaysia Berhad. – Bharian
Oleh itu, pengenalan TPA akan “memecahkan monopoli sedia ada serta mewujudkan persaingan sihat dalam pasaran dan memberi manfaat kepada pengguna melalui harga yang kompetitif dan perkhidmatan yang efisyen,” katanya. – Bharian
Dalam perkembangan berkaitan, kerajaan turut mempertimbangkan pemansuhan kawalan harga dalam pasaran gas domestik, yang dilihat sebagai cabaran utama dalam menarik kemasukan pemain baharu ke industri ini.
Menurut Rafizi, perbezaan ketara antara harga LNG import dan gas tempatan menjadikan pasaran gas bagi penjanaan tenaga kurang menarik. – Bharian
“Selain itu, infrastruktur sedia ada perlu diuji bagi memastikan ia mempunyai kapasiti mencukupi untuk menampung akses pihak ketiga,” katanya. – Bharian
Disediakan oleh:
Knowledge Management Center(KMC), IRIS Institute
**RADAR adalah produk pantauan berita harian IRIS yang memaparkan perkembangan berita-berita strategik dalam setiap bidang utama mengikut sudut pandang IRIS. Sebarang perbincangan dan persoalan boleh diajukan diruang komen atau pautan https://pertanyaaniris.wasap.my/, pihak IRIS akan cuba menjawab.