Kerajaan Benarkan China Communication Construction Terus Import Pekerja Asing untuk Projek ECRL, Pekerja Asing Wakili 10 Peratus daripada Jumlah Penduduk Malaysia

Syarikat pembekal dan pengeluar dari China bakal penuhi rantaian nilai (value chain) di taman perindustrian tenaga boleh diperbaharui di Iskandar Puteri, Johor. Projek yang dibangunkan dengan kerjasama diantara UEM Sunrise, ITRAMAS Corp, dan China Machinery Engineering Corp (CMEC) itu dikatakan direka khas bagi menarik pemain industri China merangkumi rantaian nilai tenaga boleh diperbaharui (RE), kenderaan elektrik (EV), dan firma penyelidikan teknologi. (The Edge)

Menurut Fang Yanshui, pengurus besar CMEC, matlamat projek ini adalah untuk menarik syarikat pengeluar RE dan EV yang berpotensi dari China. Sementara itu, Pengarah Urusan Kumpulan UEM, Datuk Mohd Izani Ghani berkata kepentingan strategik untuk menarik pengeluar, pembekal dan pemain industri dari seluruh rantaian nilai RE dan EV dari China tidak boleh dipertikaikan. Tambahnya, penglibatan syarikat China bukan sahaja meningkatkan daya maju dan impak projek ini, malah memacu pembangunan mampan. (The Edge, Malay Mail)

RHB dalam laporan Kemas Kini Syarikat Malaysia menyatakan perincian perkongsian seperti penyertaan ekuiti, nilai pelaburan, dan Nilai Pembangunan Kasar (GDV) untuk taman perindustrian RE ini akan dimumkan dalam beberapa bulan akan datang. Setakat ini, projek ini disebut menggunakan tanah seluas 40 ekar di Gerbang Nusajaya dan dijangka mempunyai 730k persegi Keluasan Lantai Kasar (GFA) kilang. (Business Today)

Taman perindustrian tenaga boleh diperbaharui ini merupakan sebahagian daripada projek loji tenaga solar hibrid satu gigawatt, antara projek utama di bawah Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Nasional (NETR) Malaysia yang dibangunkan dengan kerjasama UEM Group Berhad, HEXA Renewables, dan ITRAMAS. Antara pelabur lain yang turut terlibat adalah Blueleaf Energy dan China Machinery Engineering Wuxi (CMEC). (Power Technology)

Disediakan oleh:
Knowledge Management Center(KMC), IRIS Institute

**RADAR adalah produk pantauan berita harian IRIS yang memaparkan perkembangan berita-berita strategik dalam setiap bidang utama mengikut sudut pandang IRIS. Sebarang perbincangan dan persoalan boleh diajukan diruang komen atau pautan https://pertanyaaniris.wasap.my/, pihak IRIS akan cuba menjawab.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

UEM Sunrise, ITRAMAS Dan China Machinery Bangunkan Taman Tenaga Boleh Diperbaharui di Johor,  Bakal Penuhi Rantaian Nilai dengan Syarikat Pembekal dan Pengeluar China

Next Post

Norway, Ireland dan Sepanyol Iktiraf Negara Palestin atas Nasihat A.S., Rancang Tubuhkan Kerajaan Proksi di Gaza dengan Kerjasama Negara Arab dan Eropah

Related Posts

RADAR EDISI 96

[membership level=”1″] RADAR EDISI 9627 Nov 2019 -DALAM NEGARA- Keselamatan 1. Pengganas dan counter-terorism antara isu utama menteri…
Read More

Langgan sekarang untuk terus membaca.

Dapatkan akses premium merangkumi berita, senario bidang-bidang utama yang dirumuskan dan laporan analisa khas.

Pakej Asas

RM200 / tahun

Pakej Perak

RM500 / tahun

Pakej Premium

Bermula RM1000

Berminat Untuk Menyumbang?

Kami di FOKUS sentiasa menghargai sokongan anda untuk terus menghasilkan kandungan berkualiti. Sumbangan anda akan membantu kami meningkatkan lagi mutu dan membantu operasi laman web ini.

Skip to content