Kerajaan Pertimbang Bentuk Konsortium China-Malaysia untuk Projek HSR, Susulan Lawatan Agong ke China

Penglibatan China dalam projek HSR Kuala Lumpur-Singapura hampir pasti susulan daripada lawatan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim ke China pada 19 September lalu.

Bercakap mengenai pembiayaan China dalam projek HSR, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming dilaporkan menjawab kerjasama antara syarikat milik negara, parti atau syarikat swasta China dengan syarikat swasta Malaysia merupakan satu kemungkinan. – Malaysia Kini

Sebelum ini, The Edge melaporkan konsortium China yang dipimpin China Railway Construction merupakan pilihan utama untuk projek mega itu berbanding dua konsortium tempatan yang disenarai pendek iaitu YTL Construction Sdn Bhd-SIPP Rail Sdn Bhd dan Malaysian Resources Corp Bhd-IJM Construction Sdn Bhd-Berjaya Rail Sdn Bhd-Keretapi Tanah Melayu Bhd (MRCB-IJM-BRail-KTMB). – The Edge

Beban kewangan yang tinggi merupakan faktor utama syarikat China menjadi pilihan untuk projek yang bernilai kira-kira RM72 bilion itu. Menteri Pengangkutan Anthony Loke ketika menjawab tuduhan Wee Ka Siong yang mendakwa anggaran kos HSR meningkat sehingga RM120 bilion, menjelaskan kerajaan terbuka untuk menghidupkan semula projek mega itu sekiranya terdapat pelabur swasta yang bersedia mengambil bahagian. – Malay Mail

Disediakan oleh:
Knowledge Management Center(KMC), IRIS Institute

**RADAR adalah produk pantauan berita harian IRIS yang memaparkan perkembangan berita-berita strategik dalam setiap bidang utama mengikut sudut pandang IRIS. Sebarang perbincangan dan persoalan boleh diajukan diruang komen atau pautan https://pertanyaaniris.wasap.my/, pihak IRIS akan cuba menjawab.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Microsoft dan Blackrock tubuh kerjasama strategik untuk dominasi ekosistem kecerdasan buatan (AI) global

Next Post

Malaysia Sokong Memorandum Pakatan untuk Masa Depan PBB, Risiko Terdedah kepada Tekanan Barat dan Campur Tangan PBB dalam Urusan Domestik Negara

Related Posts

Langgan sekarang untuk terus membaca.

Dapatkan akses premium merangkumi berita, senario bidang-bidang utama yang dirumuskan dan laporan analisa khas.

Pakej Asas

RM200 / tahun

Pakej Perak

RM500 / tahun

Pakej Premium

Bermula RM1000

Berminat Untuk Menyumbang?

Kami di FOKUS sentiasa menghargai sokongan anda untuk terus menghasilkan kandungan berkualiti. Sumbangan anda akan membantu kami meningkatkan lagi mutu dan membantu operasi laman web ini.

Skip to content