Syarikat Bukan Bumiputera Terajui Industri Halal Di Malaysia, Kuasai 87 Peratus daripada Pengeluaran Bahan-Bahan Halal Dalam Negara

Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, hanya 3,562 daripada 9,162 syarikat halal dalam negara merupakan syarikat bumiputera. Ini menggambarkan pemilikan bumiputera dalam industri halal negara adalah setakat 38.7 peratus. Sementara itu, Datuk Dr. Ameer Ali Mydin berkata, nilai eksport produk halal keluaran bumiputera hanya 6.1 peratus daripada RM53.72 bilion pada tahun 2023. (Sinar Harian, Utusan Malaysia)

Mengulas isu ini, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar menegaskan perkara ini terjadi kerana syarikat bukan bumiputera menguasai majoriti industri di Malaysia dan seterusnya menjadikan kebanyakan permohonan sijil halal adalah di dalam kalangan mereka yang bukan beragama Islam. (Sinar Harian)

Pada ketika ini, Malaysia menguasai 20 bilion USD daripada jumlah pasaran halal dunia yang bernilai 3 trilion USD. Selain itu, Malaysia juga menghuni kedudukan pertama selama 10 tahun berturut-turut dalam Indeks Ekonomi Islam Global, yang mana pensijilan halal merupakan antara indikator utama. Pada 2022, jumlah nilai eksport halal mewakili 7.4 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar. (HDC, Sinar Harian, Dinar Standard)

Disediakan oleh:
Knowledge Management Center(KMC), IRIS Institute

**RADAR adalah produk pantauan berita harian IRIS yang memaparkan perkembangan berita-berita strategik dalam setiap bidang utama mengikut sudut pandang IRIS. Sebarang perbincangan dan persoalan boleh diajukan diruang komen atau pautan https://pertanyaaniris.wasap.my/, pihak IRIS akan cuba menjawab.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Kerajaan Rancang Izinkan Syarikat China Buka Kilang Penapisan Nadir Bumi di Malaysia, Bakal Buka Peluang kepada China untuk Dominasi Sumber dan Industri Nadir Bumi Negara

Next Post

CMD C5+1, Serangan Crocus City Hall dan Geopolitik Asia Tengah-AS-China-Rusia

Related Posts
Skip to content