Kronologi Perkembangan Program Nuklear Iran (1957 – 2014)

Reuters

Enam kuasa dunia dan Iran telah mencapai perjanjian nuklear akhir pada 14 Julai 2015 selepas beberapa pusingan rundingan berlangsung selama 22 bulan.

Walaupun wujud beberapa perbezaan pendapat di antara Iran dan kumpulan P5+ 1 dalam tempoh masa dan skop perbincangan menghapuskan sekatan serta akses para pemeriksa ke dalam fasiliti ketenteraan Iran, akhirnya situasi itu memberi ruang kepada Iran untuk ‘muncul’ semula selepas mengalami ‘pengasingan antarabangsa’ selama hampir sedekad.

Berikut adalah kronologi peristiwa penting dalam program nuklear Iran, yang dipenuhi dengan agenda antarabangsa Iran selama lebih sedekad lalu : –

 

1957: Shah Iran, Mohammad Reza Pahlavi, menandatangani perjanjian kerjasama nuklear dengan Amerika Syarikat (AS), sebahagian dari program U.S. Atoms for Peace.

1967: Reaktor Penyelidikan Tehran – pertama seumpamanya di Iran – mula beroperasi.

1968: Iran menandatangani Nuclear Non-Proliferation Treaty atau NPT.

1973: Amerika Syarikat, Perancis, Namibia, Afrika Selatan dan Jerman Barat menandatangani perjanjian-perjanjian berkenaan nuklear.

1974: Syarikat Jerman Barat memulakan pembinaan loji nuklear pertama berhampiran bandar tenggara Iran, Bushehr. Shah Pahlavi berkata Iran akan mempunyai senjata nuklearnya sendiri, namun menarik balik kenyataan itu selepas beberapa ketika.

1979: Selepas Revolusi Syiah, pentadbiran Iran yang baru membatalkan perjanjian untuk membina sebuah loji kuasa baru. Satu perjanjian yang ditandatangani dengan AS pada tahun sebelumnya untuk membekalkan uranium yang diperkaya (enriched uranium) dibatalkan. Ramai pakar nuklear meninggalkan Iran, selepas pemimpin syiah Ayatollah Ruhollah Khomeini menggagalkan program nuklear tersebut. Perjanjian kerjasama Iran-AS dibatalkan selepas pelajar Iran radikal bertindak menjadikan pekerja di Kedutaan AS sebagai tebusan di Tehran.

1980-1988: Perang Iran-Iraq menyebabkan Ayatollah Khomeini untuk membuat keputusan memulakan sekali lagi program nuklear, yang bertujuan untuk mengurangkan sekatan, mencari jalan baru untuk bersetuju dengan Jerman dalam membaiki dan menyiapkan pembangunan loji nuklear di Bushehr.

4 Jun 1989: Ali Khamenei menjadi pemimpin tertinggi yang baru di Iran, selepas kematian Khomeini.

1995: Iran bersetuju dengan Rusia, supaya Moscow melengkapkan projek reaktor penyelidikan di Bushehr. Reaktor tersebut akhirnya siap pada 2010 selepas mengalami beberapa halangan dan kelewatan.

1996: Presiden AS, Bill Clinton meluluskan sekatan ke atas Iran kerana cuba memiliki senjata nuklear.

1999: Presiden Iran Mohammad Khatami menjadi pemimpin Iran yang pertama untuk melawat Arab Saudi selepas revolusi. Khatami dan Raja Fahd meluahkan kebimbangan mengenai program senjata nuklear Israel.

2002: Iran menandatangani perjanjian baru untuk menyiapkan pembinaan reaktor di Bushehr.

2003: AS menyerang Iraq untuk ‘membersihkan’ negara tersebut daripada senjata yang didakwa senjata pemusnah besar-besaran, dan Iran diarahkan untuk menggantung semula program nuklearnya. Pemimpin Iran mengatakan senjata nuklear adalah ‘dilarang dalam Islam’. Agensi Tenaga Atom Antarabangsa, yang dikenali sebagai IAEA, berkata Iran t tidak mematuhi NPT selepas agensi itu mendapati kesan enriched uranium atau uranium diperkaya.

2004: Tehran menandatangani Protokol Tambahan NPT bersama-sama dengan Perancis, Jerman dan United Kingdom, dan bersetuju untuk menggantung aktiviti pengkayaan uranium.

2005: Mahmoud Ahmadinejad dipilih sebagai Presiden Iran. Ahmadinejad, walaupun menghadapi ncaman sekatan, beliau bertindak mempercepatkan program nuklear dan pelancaran loji pengeluaran heavy water di Arak.

2006: Majlis Keselamatan PBB mengenakan sekatan ke atas Iran, menyekat import dan eksport bahan sensitif nuklear, peralatan, dan pembangunan peluru berpandu balistik.

2008: Rundingan dibuat dengan negara-negara Barat disekat apabila Iran yang bertindak memberi respon negatif terhadap gesaan untuk menghentikan pengkayaan uranium.

 

2009:

8 April – AS mula mengambil bahagian bersama-sama dengan Rusia dan China dalam rundingan dengan Iran berhubung program nuklearnya.

25 September – Amerika, pegawai-pegawai British dan Perancis berkongsi maklumat mengenai Iran yang membina loji pengkayaan uranium secara rahsia, namun dinafikan Tehran.

1 Oktober – Iran bersetuju untuk menyerahkan kepada Rusia sebanyak 1200 kg uranium diperkaya yang akan digunakan bagi tujuan saintifik untuk dijadikan rod bahan api, hanya untuk menarik balik keputusannya pada 18 November.

5 November – Iran mengumumkan kebenaran pemeriksa antarabangsa untuk memasuki loji nuklear baru yang dibina.

 

2010:

10 Jan – Presiden AS George W. Bush menolak permintaan Israel untuk menyokong serangan peluru berpandu Tel Aviv ke atas kemudahan nuklear Iran. Kemudian, media melancarkan perang siber secara meluas ke atas fasiliti nuklear Iran di Natanz, dengan mendakwa Israel dan AS bertanggungjawab.

18 Februari – IAEA mengumumkan mereka mempunyai bukti menyeluruh mengenai aktiviti nuklear Iran.

17 Mei – Iran menandatangani perjanjian dengan Turki dan Brazil untuk menghantar uranium di luar negara, tetapi Barat menolak deklarasi 10-perkara antara 3 negara tersebut.

9 Jun – PBB memutuskan untuk membuat permohonan baru berkenaan sekatan ketenteraan, perdagangan dan kewangan ke atas Iran, yang melarang sebarang kerjasama nuklear dengan Tehran. Ia juga menetapkan untuk membenarkan carian pesawat dan kapal-kapal laut dalam sesebuah negara yang disyaki bekerjasama dengan Iran.

29 Okt – Saintis Iran, Majid Shahriari dibunuh dan saintis Fereydoon Abbasi cedera dalam dua serangan bom berasingan. Kerajaan Iran menyalahkan AS dan Israel.

 

2011:

8 Jun – Iran dan P5+1 mengadakan rundingan nuklear di Istanbul, namun gagal.

10 Mei – loji kuasa nuklear Bushehr mula beroperasi.

24 Mei – IAEA mengumumkan bahawa peningkatan berlaku dalam aktiviti pengkayaan uranium di Iran.

8 November – IEAE mengeluarkan laporan mengatakan Iran sedang menjalankan program pengkayaan uranium secara rahsia. Iran menafikan dakwaan tersebut, dengan mendakwa bukti itu palsu.

 

2012:

3 Mac – Media Iran melaporkan bahawa sekurang-kurangnya 3,000 centrifuge ‘generasi baru’ uranium diperkaya telah dihasilkan di Natanz.

24 Mei – Perbincangan antara Iran dan P5+1 gagal di Baghdad.

1 Julai – Kesatuan Eropah (EU) menyekat minyak Iran. Kerajaan Iran mengancam untuk menyekat lalu lintas kapal di Selat Hormuz dan mula membuat ujian peluru berpandu. EU meningkatkan sekatan ke atas Iran, termasuk kewangan, logam, gas asli dan sekatan pemindahan wang.

12 Julai – Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov menawarkan road map untuk melaksanakan cadangan P5+1. Tawaran itu secara positif disambut oleh Iran, tetapi tidak diterima kerana tempoh masa yang perlu diambil untuk melaksanakannya.

30 Ogos – IAEA melaporkan bahawa Iran melakukan ujian senjata nuklear dan sejumlah centrifuge dipasang di loji pengkayaan Fordow meningkat.

17 September – Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu berkata bahawa dalam tempoh enam bulan akan datang, kapasiti uranium diperkaya Iran adalah mencukupi untuk menghasilkan bom.

 

2013:

7 Januari – Menteri Minyak Iran, Rustem Qasimi mengisytiharkan bahawa hasil minyak Iran telah menurun, 40 peratus matawang Iran terus menyusut.

23 Februari – IAEA mengumumkan telah menemui deposit uranium baru di Iran dan 16 lokasi di mana loji nuklear akan dibina. Rundingan antara Iran dan P5+1 diteruskan di Kazakhstan, namun sekali lagi gagal.

14 Mac – Presiden AS Barack Obama, dalam satu temu bual dalam media Israel, berkata Iran akan mengambil masa lebih daripada setahun untuk membina senjata nuklear, bertentangan dengan kenyataan Netanyahu.

12 April – Netanyahu mengatakan bahawa negaranya mempunyai sensitiviti yang berbeza dari Amerika Syarikat berkenaan dengan program nuklear Iran, dan menyatakan bahawa Israel akan mempertahankan dirinya tanpa bantuan Amerika.

22 Mei – IAEA melaporkan bahawa program nuklear Iran telah membuat kemajuan besar tetapi belum lagi melepasi garisan merah.

25 Jun – Hassan Rouhani dipilih sebagai Presiden Iran. Rouhani menyerahkan tugas kepada FM Javad Zarif sebagai perunding dalam rundingan nuklear.

25 Ogos – IAEA melaporkan aktiviti uranium Iran semakin perlahan.

19 September – Obama menghantar surat kepada Rouhani, mengatakan bahawa sekatan boleh dilonggarkan sebagai pertukaran bagi kerjasama.

24 September – Rouhani menyampaikan ucapannya di Perhimpunan Agung PBB.

27 September – Obama bercakap dengan Rouhani melalui telefon tentang program nuklear, menandakan hubungan tahap tertinggi antara kedua-dua pemimpin negara sejak revolusi 1979.

14 Oktober – Rundingan antara Iran dan P5+1 diteruskan di Geneva.

11 November – Iran mengumumkan akan bekerjasama untuk menyelesaikan isu-isu yang dinyatakan di dalam laporan IAEA, dengan membenarkan pemeriksa antarabangsa untuk memasuki fasiliti nuklear dan berikrar memberi kebenaran untuk penyeliaan yang dikawal.

14 November – Obama meminta Kongres untuk menyokong usaha-usaha ke arah perjanjian nuklear.

24 November – Iran dan P5+1 bersetuju untuk melanjutkan rundingan dan menandatangani perjanjian 6 bulan yang mana Iran berikrar akan membekukan segala aktiviti nuklear, meredakan kritikan Israel dan Arab Saudi.

 

2014:

20 Januari – Perjanjian sementara yang ditandatangani pada November berkuatkuasa. Sebahagian daripada wang Iran dalam akaun mata wang asing dibenarkan untuk kembali ke negara ini.

18 Julai – Tempoh perjanjian itu dilanjutkan lagi empat bulan.

27 Ogos – IAEA mengatakan bahawa kilang pengeluaran heavy water Arak, yang ketika itu berada dalam pembinaan, menghasilkan kurang plutonium, tetapi tidak mengatakan berapa banyak dihasilkan.

24 November – Dengan perjanjian muktamad masih belum dicapai, perjanjian sementara dilanjutkan selama tujuh bulan lagi. Mengumumkan bahawa rangka kerja program nuklear akan dicapai tidak lewat daripada 31 Mac dan perjanjian akhir akan ditandatangani pada 1 Julai.
Farris Hanafi

Rujukan : AnadoluAgency

*Ikuti Kronologi Perkembangan Program Nuklear Iran (2015) dalam terbitan yang seterusnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

TPPA Bakal Mengulangi Sejarah NAFTA?

Next Post

Kronologi Perkembangan Program Nuklear Iran (2015)

Related Posts
Skip to content