1) Membaca laporan isu di Sinar Harian, tentang 100,000 orang Cina yang masih belum mendapat taraf kerakyatan dan juga laporan di Malaysiakini PM mahu 50,000 pelancong China yang hilang dicari adalah satu perkara serius yang kita harus ambil perhatian.
2) Cuba kita perhatikan apa yang telah dilakukan di Singapura – masalah kekurangan penduduk Cina akibat masalah kesuburan diatasi dengan menjadikan pendatang Cina daripada luar sebagai warganegara. Kesan daripada polisi terbabit, jumlah penduduk telah meningkat kepada 4.6 juta pada tahun 2007 dan dijangka akan bertambah kepada 6.5 juta dalam tempoh dua dekad. Anda boleh rujuk secara lanjut tulisan, Profesor Dr Lily Zubaidah Rahim bertajuk “Singapore Dilemma in the Malay World,” Routledge Taylor & Francis Group, 2009.
3) Di Malaysia pula, laporan daripada Jabatan Perangkaan Malaysia baru-baru ini merumuskan bahawa kadar kelahiran kaum Cina adalah paling rendah jika hendak dibandingkan dengan kaum-kaum lain. Menurut lidah pengarang Sin Chew Jit Poh, jumlah kaum Cina yang semakin berkurangan ini, sepatutnya menjadi perhatian seluruh masyarakat Cina di Malaysia.
4) Hal ini dirumitkan lagi dengan projek OBOR (One Belt One Road) yang dijalankan oleh kerajaan China yang mulai masuk ke negara ini sedikit demi sedikit. Melalui projek ini, pembelian aset-aset strategik negara disamping pemilikan tanah di kawasan-kawasan strategik adalah sangat membimbangkan. MCA menjadi perantara besar dalam projek-projek ini. Limpahan demografi berlaku melalui pekerja-pekerja yang dibawa daripada China. Anda boleh membaca tulisan saya di laman FOCUS, untuk mendapatkan gambaran umum, projek yang sedang dan akan dijalankan.
5) Dari sudut demografi, strategi politik orang Cina melalui MCA yang mengesa pengecualian visa kepada pelancong dari China, akan menyebabkan kebanjiran pendatang daripada China yang tidak terkawal. Antara projek terkini yang bakal menarik lebih ramai pelancong dari Tanah Besar itu adalah Malacca Gateway, salah satu daripada projek OBOR. Melalui tindakan ini, dapat kita jangkakan akan ada lebih ramai pendatang China yang akan menuntut taraf penduduk tetap di Malaysia di masa akan datang.
6) Menurut Prof .Murad seorang pensyarah di Universiti Malaya yang cukup mahir dengan falsafah hidup orang Cina, berkata, menurut falsafah Cina – mula-mula mereka akan jadi tetamu, lama-lama menjadi tuan. Inilah konsep yang akan mereka gunakan dan sudahpun berlaku di sepanjang lipatan sejarah. Untuk makluman Prof. Murad pernah menetap belajar dan bekerja di China selama 15 tahun.
7) Kesimpulannya, perkara ini adalah sangat membimbangkan. Kerajaan perlu memandang serius perkara ini. Jangan hanya menumpukan pertumbuhan ekonomi yang hanya bersifat palsu sahaja dan mendiamkan serta membiarkan semua perkara yang sedang dirancang oleh kerajaan China yang mengancam kedaulatan negara.
8) Kita harus melihat perancangan ini OBOR (One Belt One Road) sebagai satu projek yang menyeluruh. Bukan sahaja berlaku dari sudut ekonomi, dan keselamatan perairan sahaja tetapi juga dari sudut demografi dan sstruktur sosial masyarakat kita. Jika pada hari ini mereka sudah berani masuk campur dalam politik dalaman negara kita yang boleh dilihat menerusi tindakan duta China Huang yang melawat Petaling Street pada 29 September 2015 bagi melindungi kepentingan peniaga-peniaga China di sana, bagaimana pada masa akan datang di saat lambakan pendatang daripada Cina ini tidak terkawal lagi? Apa yang akan terjadi jika tercetusnya konflik?
10) Terlalu banyak fakta yang boleh saya nyatakan untuk menjawab isu ini. Tetapi cukuplah sekadar itu. Belajarlah daripada sejarah. Tidak cukupkah lagi sejarah mengajar kita? Berhati-hatilah dengan mainan dan strategi politik ini. Sesungguhnya pengkhianat sentiasa mengintai ruang untuk menghapuskan kedaulatan negara kita.
Asyraf Farique
Penganalisis IRIS INSTITUTE
Diedit oleh: Hanis Noor
Sumber:
- http://www.sinarharian.com.my/…/jumlah-penduduk-cina-menuru…
- http://focuss.my/adakah-projek-obor-one-belt-one-road-akan…/
- http://focuss.my/obor-one-belt-one-road-peluang-atau-ancam…/