Rohingya : Suu Kyi Terus Berdiam Demi Kepentingan Politik

Seorang pegawai polis berdiri berhampiran sebuah masjid yang telah dibakar semasa rusuhan antara agama Buddha dan Islam di Lashio Perbandaran   (reuters)
Seorang pegawai polis berdiri berhampiran sebuah masjid yang telah dibakar semasa rusuhan antara agama Buddha dan Islam di Lashio Perbandaran pada 2013
(reuters)

 

Religious tensions (ketegangan antara agama) sudah mula bertapak di Myanmar hampir setengah abad apabila pihak tentera mengambil alih kerajaan, sehinggalah Myanmar diambil semula oleh pihak semi-civilian government.

Beratus-ratus telah mati disebabkan pertembungan antara Muslim Rohingya dan ekstremis Buddha Rakhine sehingga akhirnya tercetus rusuhan di Rakhine.

140,000 Muslim Rohingya tinggal di kem pertahanan manakala beribu yang lain menjadi pelarian ke negara-negara jiran.

Golongan anti-Muslim akhirnya mula tersebar hingga ke tengah Myanmar yang diketuai oleh ekstremis Buddha. Beliau juga menegah dari berurusan dengan perniagaan Muslim di situ dan melarang perkahwinan bercampur (interfaith marriage).

Dua tahun lalu, tindakan ahli politik Win Htein yang mempertahankan golongan minoriti Muslim dari keganasan puak ekstremis Buddha yang mula menular di Meiktila, telah memberi kesan buruk kepada ahli politik tersebut.

Cubaan beliau dalam menghentikan tindakan ekstremis Buddha apabila rusuhan yang dilakukan mereka pada Mac 2013 lalu yang meragut nyawa sekurang-kurangnya 44 orang, menerima kecaman yang hebat dari puak ekstremis itu dengan tidak memaafkan tindakannya.

Namun, penggubal undang-undang National League for Democracy (NLD) tersebut tidak berasa menyesal dengan tindakannya.

Bagi parti yang akan bertanding dalam pilihan raya yang dijangka akan berlangsung November tahun ini, isu bangsa dan agama merupakan perkara yang patut diberi perhatian.

Parti NLD yang diketuai oleh Aung San Suu Kyi, akan menyertai pilihan raya umum sedikit sebanyak akan terjejas undian mereka terutamanya sokongan dari golongan Buddha disebabkan tindakan Win Thein tersebut yang mempertahankan golongan minority Muslim di negara itu.

Suu Kyi yang juga penerima anugerah Nobel Peace Prize juga turut dikecam hebat oleh pelbagai pihak dari luar negara atas tindakan beliau yang berdiam diri dan tidak mempertahankan golongan minoriti Muslim.

 

Su Kyi Berdiam Diri

Win Htein, 74 merupakan orang kepercayaan NLD dalam mempertahankan tindakan ketua parti politik beliau yang berdiam diri dengan mengatakan jika beliau bersuara dan mempertahankan Rohingya, beliau akan didakwa sebagai pencinta Muslim, namun jika beliau mempertahankan pihak Rakhine, beliau akan dituduh bersifat nasionalis dan rasis. Disebabkan itu, beliau tidak bersuara langsung.

Namun begitu, perkara sebaliknya yang berlaku terhadap kumpulan nasionalis Buddha seperti Committee for the Protection of Nationality and Religion atau lebih dikenali sebagai Ma Ba Tha yang diketuai oleh sami Buddha terus lantang bersuara.

Pada bulan Mei, Presiden Then Sei telah menandatangani satu undang-undang yang dikeluarkan oleh “Human Rights Watch” yang membolehkan penindasan dibuat ke atas golongan beragama dan kumpulan etnik minoriti bagi mengawal populasi mereka.

Ma Ba Tha menyokong salah satu dari empat “Race and Religion Protection Laws” yang hanya membenarkan seseorang wanita menunggu sekurang-kurangnya tiga tahun antara waktu mengandung. Manakala pihak NLD menentang keras.

Reformasi Myanmar telah membuka ruang baru bagi kebebasan bersuara, namun perbuatan mengkritik golongan Buddha masih dianggap merbahaya.

Hal ini dapat dilihat apabila pihak mahkamah menjatuhkan hukuman penjara dua tahun terhadap penulis dan ahli NLD, Htin Lin Oo atas tuduhan “mempersendakan agama” apabila berucap tentang toleransi berlainan agama pada 2 Jun.

 

Malu Dengan Meiktila

Peristiwa berdarah yang berlaku di Meiktila pada 2013 apabila puak ekstremis Buddha mula menyerang kawasan dan hak milik Muslim Rohingya serta pembunuhan beramai-ramai melibatkan 20 orang pelajar sekolah agama Islam menyebabkan Win Thein mengatakan beliau malu kerana berasal dari Meiktila.

Disebabkan itu, pesuruhjaya membuat aduan supaya beliau dikeluarkan dari parlimen.

Parti NLD merasakan kedudukan mereka masih stabil dalam politik namun, Khin May Si, ahli NLD mengatakan bahawa golongan Buddha Meiktila menolak parti tersebut sekerasnya dan beralih arah ke parti Ma Ba Tha.

Timbalan pengerusi bagi parti Ma Ba Tha di Meiktila menyatakan bahawa kejadian rusuhan tersebut menyatukan lagi golongan Buddha.

Beliau berkata lagi kenyataan yang dikeluarkan oleh Win Thein bertindak mempersendakan agama Buddha dan menganggap golongan Muslim adalah ancaman bagi mereka dengan kenyataan “tidak semua golongan ekstremis adalah Muslim, tetapi kebanyakan golongan ekstremis adalah Muslim.”

Manakala golongan Muslim memaklumkan bahawa mereka hidup dalam ketakutan. Tambahan pula, salah seorang penduduk tempatan telah memaklumkan bahawa pihak berkuasa telah menutup masjid di situ dan kesan dari rusuhan maut itu masih lagi terasa sehingga kini.

 

Sumber : Reuters

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Donald Trump Bertanding Jawatan Presiden

Next Post

Dari Meja COO : Di Ambang Ramadhan

Related Posts
Skip to content