London Metal Exchange (LME) lulus pelabuhan Arab Saudi sebagai gudang logistiknya, perkukuh pengaruh China dalam rantaian bekalan logam di Timur Tengah

London Metal Exchange telah meluluskan Pelabuhan Laut Merah di Jeddah, Arab Saudi sebagai gudang pertama di Timur Tengah  yang berfungsi sebagai pusat penyimpanan dan penghantaran kuprum dan zink. (LME)

Kewujudan gudang ini dikatakan untuk menyeimbangkan lokasi penyimpanan dan penghantaran kuprum dan zink yang kebanyakannya terdapat di Asia.  Setakat ini, terdapat lebih 450 kemudahan penyimpanan yang diluluskan oleh LME di 32 lokasi di seluruh Amerika Syarikat, Eropah dan Asia. (Fast Market, LME)

LME merupakan platform perdagangan logam global yang dimiliki oleh Hong Kong Exchanges and Clearing sejak tahun 2012. (LME)

Pengaruh China semakin meningkat dalam sektor logam dan keluli di Timur Tengah. Ini adalah sebagai usaha mereka untuk mengukuhkan kedudukan strategik dalam rantai bekalan global. Langkah ini juga dilihat sebagai strategi untuk mengurangkan kebergantungan kepada laluan perdagangan tradisional dan memperluaskan akses pasaran ke wilayah baru (Carnegie)

Sebelum ini, anak syarikat miliki kerajaan China Baosteel Group juga telah meningkatkan pelaburan sebanyak 1 bilion dolar untuk kuasai 50% saham usahasama keluli dengan Arab Saudi di Bandar Perindustrian Ras Al-Khair. (Fokus)

Disediakan oleh:
Knowledge Management Center(KMC), IRIS Institute

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Anak syarikat milik kerajaan China Baosteel Group labur USD1 bilion untuk kuasai 50 peratus saham usahasama keluli dengan Arab Saudi, beri manfaat kepada projek NEOM 2030 dan penguasaan industri keluli China di Timur Tengah

Next Post

ASEAN tidak sepakat mengenai punca krisis di Gaza, Thailand dan Singapura dominan bentuk pendirian ASEAN

Related Posts

RADAR EDISI 89

[membership level=”1″] RADAR EDISI 8929 Okt 2019 -DALAM NEGARA- Keselamatan 1. Majlis Keselamatan Negara tubuh Jawatankuasa Pengurusan Isu…
Read More

Langgan sekarang untuk terus membaca.

Dapatkan akses premium merangkumi berita, senario bidang-bidang utama yang dirumuskan dan laporan analisa khas.

Pakej Asas

RM200 / tahun

Pakej Perak

RM500 / tahun

Pakej Premium

Bermula RM1000

Berminat Untuk Menyumbang?

Kami di FOKUS sentiasa menghargai sokongan anda untuk terus menghasilkan kandungan berkualiti. Sumbangan anda akan membantu kami meningkatkan lagi mutu dan membantu operasi laman web ini.

Skip to content