Maklumat sulit negara berkenaan Laut China Selatan jadi sasaran penggodam asing, dipercayai operasi terancang kumpulan penggodam tajaan China

Pangkalan data tentera Malaysia hadapi ancaman kumpulan penggodam asing tajaan China yang ingin memahami perspektif dan operasi ketenteraan Malaysia di Laut China Selatan hampir setiap hari.

Menurut Laksamana Muda, Datuk Mohd Fadzli Kamal Mohd Mohaldin, kumpulan penggodam itu mahu memantau perbincangan dalaman Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terutamanya mengenai Laut China Selatan. Katanya, sasaran utama mereka adalah rancangan dan perspektif ATM tentang Laut China Selatan serta bagaimana operasi ketenteraan di perairan itu berjalan. – (NST)

Serangan siber ke atas negara pesisir di Laut China Selatan merupakan ancaman yang berterusan, bukan sesuatu di luar kebiasaan. Syarikat keselamatan siber British, Sophos dalam operasi “Crimson Palace” menyenaraikan tiga kluster penggodam yang merupakan sebahagian daripada operasi serangan siber terancang ke atas organisasi kerajaan berprofil tinggi di Asia Tenggara. – (Sohphos)

Berdasarkan laporan Sophos, kluster yang dinamakan Alpha, Bravo, dan Charlie itu melakukan beberapa percubaan untuk mencuri dokumen ketenteraan yang berkaitan dengan strategi di Laut China Selatan sejak Mac 2023 hingga April 2024. Laporan ini kemudian merumuskan bahawa beberapa kluster penggodam tajaan kerajaan China yang berbeza telah aktif dalam organisasi kerajaan Asia Tenggara berprofil tinggi sejak sekurang-kurangnya Mac 2022. – (Sohphos)

Disediakan oleh:
Knowledge Management Center(KMC), IRIS Institute

**RADAR adalah produk pantauan berita harian IRIS yang memaparkan perkembangan berita-berita strategik dalam setiap bidang utama mengikut sudut pandang IRIS. Sebarang perbincangan dan persoalan boleh diajukan diruang komen atau pautan https://pertanyaaniris.wasap.my/, pihak IRIS akan cuba menjawab

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Malaysia buka taman reka bentuk IC semikonduktor pertama kepada syarikat asing, pemilikan harta intelek reka bentuk bersepadu kekal milik pelabur asing

Next Post

Ramai Warga China Ingin Beli Rumah Mewah di Malaysia, Bukit Damansara dan Bangsar antara Tumpuan

Related Posts

Langgan sekarang untuk terus membaca.

Dapatkan akses premium merangkumi berita, senario bidang-bidang utama yang dirumuskan dan laporan analisa khas.

Pakej Asas

RM200 / tahun

Pakej Perak

RM500 / tahun

Pakej Premium

Bermula RM1000

Berminat Untuk Menyumbang?

Kami di FOKUS sentiasa menghargai sokongan anda untuk terus menghasilkan kandungan berkualiti. Sumbangan anda akan membantu kami meningkatkan lagi mutu dan membantu operasi laman web ini.

Skip to content