Filipina, Vietnam Tingkat Kerjasama Keselamatan Maritim di Bawah Perjanjian Baharu, Langkah Atasi Peningkatan Provokasi China di Laut China Selatan 

Presiden Filipina Marcos Jnr telah memeterai dua perjanjian keselamatan maritim bersama Vietnam dalam lawatannya ke Hanoi. Perjanjian ini disebabkan situasi yang berlaku di Laut China Selatan melibatkan “pencegahan insiden di Laut China Selatan” dan “kerjasama maritim” di kalangan pengawal pantai. Butiran perjanjian di Hanoi masih belum didedahkan buat masa ini. (Reuters)

Intensiti perebutan ciri maritim di Laut China Selatan diantara China dan Filipina semakin meningkat sejak kebelakangan ini. Terbaharu, tentera laut Filipina menganggarkan kira-kira 200 kapal dikendalikan oleh militia maritim China yang terdiri daripada 15 hingga 25 kapal daripada Tentera Laut Pembebasan Rakyat, dan 10 hingga 15 kapal daripada Pengawal Pantai China yang berkerumun di kawasan Laut Filipina Barat. (TheStar)

Sementara itu, Vietnam juga tidak terlepas daripada episod perebutan kepulauan Paracel dan Spratly, yang dikenali sebagai pulau Hoang Sa dan Trong Sa di Vietnam. Pada 24 Januari 2024, China menyangkal tuntutan Vietnam terhadap pulau-pulau tersebut. Kedua-dua negara tersebut menyatakan asas tuntutan masing-masing seperti asas undang-undang, bukti sejarah, dan pembangunan awal pulau. (Reuters)

Disediakan oleh:
Knowledge Management Center(KMC), IRIS Institute

**RADAR adalah produk pantauan berita harian IRIS yang memaparkan perkembangan berita-berita strategik dalam setiap bidang utama mengikut sudut pandang IRIS. Sebarang perbincangan dan persoalan boleh diajukan diruang komen atau pautan https://pertanyaaniris.wasap.my/, pihak IRIS akan cuba menjawab.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Pemilikan dan Penglibatan Syarikat Bumiputera dalam Sektor Logistik Masih Rendah, Syarikat Asing dan Bukan Bumiputera Dominasi Sektor Logistik dalam Negara

Next Post

Krisis Laut Merah Beri Tekanan kepada Perdagangan Asia, Aktiviti Perkapalan dan Eksport Komoditi Malaysia ke Eropah Turut terjejas

Related Posts
Skip to content