Amerika Syarikat Gugurkan pengesan kapal selam di laut china selatan, ancaman risikan a.s. terhadap pergerakan kapal di perairan

Pesawat tentera A.S. mengugurkan beberapa alatan elektronik yang dipercayai pengesan kapal selam ketika mengelilingi ruangan udara di Laut China Selatan. Tindakan itu disedari oleh Pengawal Pantai China (CCG) yang sedang membuat rondaan. Menurut media China, Yuyuan Tantian, peranti pengesan itu mempunyai keupayaan untuk mengesan isyarat dari kapal selam China dan berkebolehan dalam melakukan tindakan balas isyarat di bawah air. – (Reuters)

Dalam pada itu, peranti pengesan tersebut dipercayai berasal daripada sebuah syarikat pembekal senjata yang berpangkalan di London, Ultra Electronics. Pakar tentera China mempercayai A.S. menggunakan alasan mengumpul data hidrologi sebagai justifikasi untuk membangunkan peta lautan digital bagi tujuan ketenteraan dan menganalisis maklumat berkaitan kapal selam China. – (Global Times)

Terdahulu, pada 18 Jun hingga 20 Jun, tentera laut Amerika dan tentera laut Kanada menjalankan operasi dua hala di Laut China Selatan yang melibatkan Kapal pemusnah peluru berpandu kelas Arleigh Burke A.S. USS Ralph Johnson (DDG 114) dan kapal frigat kelas Halifax Tentera Laut Diraja Kanada HMCS Montreal (FFH 336). Operasi ini merupakan susulan daripada misi rondaan pelbagai hala yang pertama melibatkan Amerika Syarikat, Jepun, Kanada, dan Filipina di Laut CHina Selatan. – EurAsian Times

Disediakan oleh:
Knowledge Management Center(KMC), IRIS Institute

**RADAR adalah produk pantauan berita harian IRIS yang memaparkan perkembangan berita-berita strategik dalam setiap bidang utama mengikut sudut pandang IRIS. Sebarang perbincangan dan persoalan boleh diajukan diruang komen atau pautan https://pertanyaaniris.wasap.my/, pihak IRIS akan cuba menjawab

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Peranan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) Dalam Memenuhi Keperluan Nasional Singapura

Next Post

Amerika Syarikat Serah Tiga Pesawat Perisikan Kepada Malaysia dalam Usaha Tingkatkan Akses dan Pengaruhnya di Laut China Selatan

Related Posts

Langgan sekarang untuk terus membaca.

Dapatkan akses premium merangkumi berita, senario bidang-bidang utama yang dirumuskan dan laporan analisa khas.

Pakej Asas

RM200 / tahun

Pakej Perak

RM500 / tahun

Pakej Premium

Bermula RM1000

Berminat Untuk Menyumbang?

Fokus adalah komuniti penulisan bebas dan tidak bermatlamatkan keuntungan.
Oleh itu, kami membuka ruang untuk individu-individu yang berminat menyumbang terutamanya bagi membantu kami dari sudut operasi.

Skip to content