Malaysia Penyumbang Ke-25 Terbesar Misi Pengaman PBB, Kekalkan Misi Pengaman Antarabangsa Negara Terhad Mengikut Kehendak PBB

Menurut Timbalan Menteri Luar, Mohamad Alamin, Malaysia berada di kedudukan 25 daripada 123 negara dari segi penyertaan dalam misi pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), yang melibatkan 859 pegawai dan kakitangan termasuk 98 wanita dalam lima misi pengaman PBB di Lubnan, Sahara Barat, Wilayah Abyei, Sudan Selatan dan Congo. (Malaysia Now)

Sejak 1960, Malaysia telah mengambil bahagian dalam lebih 38 operasi pengaman, mengerahkan kira-kira 40 ribu anggota pengaman daripada Angkatan Tentera Malaysia (MAF) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM). – (Wisma Putra)

Dari tahun 1948 hingga 1989, Barat yang terdiri daripada Kanada, Ireland, Nordik, Amerika Syarikat, United Kingdom, dan Perancis merupakan penyumbang utama askar dan kakitangan ke misi pengaman PBB. Namun, sejak tahun 1990-an, peranan tersebut diganti oleh negara-negara kecil, miskin, dan membangun berikutan pengurangan sumbangan ketenteraan oleh Barat. Hal ini kerana, Barat menyedari kerugian dan risiko yang dihadapinya disebabkan kegagalan ketika misi pengaman PBB di Somalia, Bosnia dan Rwanda. (E-International relations, Stimson)

Walau bagaimanapun, Barat masih pemegang taruh terbesar dalam misi pengaman PBB sehingga kini. Hal ini kerana, mereka merupakan pendana terbesar kepada misi dengan A.S. mengungguli carta dan berkuasa menentukan serta mengarahkan misi melalui Majlis Keselamatan PBB. Menurut Thomas G. Weiss dan Giovanna Kuele, Barat menggunakan negara-negara membangun sebagai askar upahan yang akan menanggung risiko-risiko misi. Philip Cunliffe pula menggambarkan situasi ini sebagai imperialisme liberal. (E-International relations, UN)

Oleh hal yang demikian, Malaysia tidak mempunyai fleksibiliti untuk menentukan misi yang dirasakan memberikan faedah paling banyak kepada kepentingan strategiknya. Sebaliknya, Malaysia hanya menunggu panggilan dan terlibat dalam sesi konsultasi awal sahaja. Namun begitu, menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan, penyertaan Malaysia dalam misi pengaman PBB adalah bagi memperoleh pengiktirafan dan prestij antarabangsa. (The Star, UN)

Ketiadaan fleksibiliti ini terasa ketika perang Taufan Al-Aqsa, di mana Malaysia perlu menunggu keputusan PBB sebelum menghantar tentera pengaman ke Palestin. Menurut Datuk Seri Mohamad Hasan, Malaysia mengambil pendirian tunggu dan lihat mengenai keputusan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berhubung penghantaran tentera pengaman ke Palestin. Hal ini jelas menunjukkan Malaysia terikat dengan kehendak PBB, meskipun kepentingan nasional dan kehendak majoriti ketika itu adalah untuk menghantar bantuan ketenteraan ke Palestin. (Astro Awani)

Disediakan oleh:
Knowledge Management Center(KMC), IRIS Institute

**RADAR adalah produk pantauan berita harian IRIS yang memaparkan perkembangan berita-berita strategik dalam setiap bidang utama mengikut sudut pandang IRIS. Sebarang perbincangan dan persoalan boleh diajukan diruang komen atau pautan https://pertanyaaniris.wasap.my/, pihak IRIS akan cuba menjawab.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Trend Migrasi dan Kemerosotan Kadar Kelahiran Punca Pengurangan Tenaga Kerja Tempatan, Risiko Kekalkan Kebergantungan  Negara Terhadap Pasaran Buruh Asing

Next Post

Kerajaan Hantar Pelajar Malaysia Ikuti Modul TVET Di China, Bakal Untungkan Syarikat China di Malaysia

Related Posts

Berminat Untuk Menyumbang?

Kami di FOKUS sentiasa menghargai sokongan anda untuk terus menghasilkan kandungan berkualiti. Sumbangan anda akan membantu kami meningkatkan lagi mutu dan membantu operasi laman web ini.

Skip to content