SJKC Konsisten Terima dana Sebanyak RM50 Juta dari kerajaan Pusat Sejak 2014

Dalam satu laporan yang dikeluarkan oleh IRIS Institute bertajuk Peruntukan Kewangan Sekolah Vernakular Cina, Sekolah Jenis Kebangsaan (C) menerima dana yang konsisten sebanyak RM50 juta daripada Belanjawan 2014 sehingga Belanjawan 2020.

Rajah 1: Kompilasi maklumat peruntukan kewangan sekolah Cina daripada ucapan Belanjawan 2013 hingga Belanjawan 2022.

Berdasarkan rajah 1 di atas, berlaku pengurangan peruntukan kewangan kepada SJK (C) daripada Belanjawan 2013 kepada Belanjawan 2014 sebanyak RM50 juta.

Namun, tiada peruntukan kewangan diberikan kepada SMPC sepanjang Belanjawan 2013 hingga Belanjawan 2017.

Peruntukan kewangan untuk SMPC pula diperkenalkan dalam Belanjawan 2018 dan diteruskan sehingga Belanjawan 2020 serta semasa pandemik COVID-19 menerusi Belanjawan 2021 dan 2022, walaupun tiada peruntukan kepada SMPC secara jelas, namun berlaku perkembangan dalam peruntukan melalui Kerajaan Negeri[1].

Sepanjang tahun 2021 sahaja, terdapat 4 buah Kerajaan Negeri iaitu Kerajaan Negeri Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Sarawak yang menyalurkan dana berbentuk kewangan dan tanah kepada SMPC di negeri masing-masing[2],[3],[4],[5]. Pulau Pinang merupakan negeri yang memberikan dana kewangan terbanyak berjumlah RM18.2 juta dan 22.3 ekar tanah.

Sekolah vernakular Cina adalah sekolah yang menggunakan Bahasa Cina sebagai bahasa pertuturan, sama ada di peringkat rendah atau menengah serta sama ada di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) atau swasta. Dalam konteks pelaporan ini, sekolah vernakular Cina adalah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina atau SJK (C), Sekolah Menengah Kebangsaan Cina dan Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC).

Isu pendidikan vernakular Cina adalah isu yang sudah berlarutan sejak zaman penjajahan British. Pada tahun 1957 menjelang kemerdekaan, telah direkodkan sebanyak 1,333 buah sekolah rendah Cina di Tanah Melayu . Kini, jumlah tersebut telah berkembang menjadi 1,301 buah Sekolah Kebangsaan Jenis Cina atau SJK (C) yang dikelola di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan 60 buah Sekolah Menengah Persendirian Cina atau SMPC yang dikelola oleh Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia(Dong Zong) .


[1] Kompilasi Ucapan Belanjawan 2013 – 2022.

[2] Ismaweb. (11 Februari 2021). Kedah beri RM100,000 kepada 3 sekolah persendirian Cina.

[3] Ismaweb. (19 Mei 2021). Kerajaan Pulau Pinang peruntuk tanah bernilai tinggi untuk SJKC, SMJKC?

[4] Ismaweb. (18 Ogos 2021). 9 sekolah persendirian Cina Perak terima bantuan RM1.8 juta.

[5] MalayMail. (15 November 2021). Chinese independent schools crucial to Sarawak’s future development, says CM.


Laporan penuh boleh dibaca pada pautan dibawah:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Sekolah Vernakular Antara Cabaran Utama Kepada Perpaduan – Dr. Jemilah Mahmood

Next Post

Hong Kong Tawar rumah subsidi sebesar 186 kaki persegi tahun hadapan

Related Posts
Skip to content