Trend Migrasi dan Kemerosotan Kadar Kelahiran Punca Pengurangan Tenaga Kerja Tempatan, Risiko Kekalkan Kebergantungan  Negara Terhadap Pasaran Buruh Asing

Pada ketika ini, rakyat Malaysia dilaporkan mempunyai kecenderungan tinggi untuk meneruskan pekerjaan dan memulakan perniagaan di negara luar seperti Singapura, Brunei, Australia, Jepun, dan Arab Saudi. Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, majoriti rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura dan Brunei adalah pekerja mahir atau separa mahir. Manakala, pada tahun 2023, berlaku peningkatan ketara penghijrahan rakyat Malaysia ke Australia daripada 2,930 (2022) kepada 4,890. (DOSM, FMT)

Selain itu, kemerosotan kadar kelahiran juga memainkan peranan penting dalam pasaran buruh negara. Menurut, Pengarah Program Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA), Putra Business School, Prof. Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff,  kerajaan tiada pilihan melainkan membawa masuk pekerja asing untuk memenuhi permintaan tenaga kerja sekiranya kadar kelahiran di negara ini terus rendah. Kadar kelahiran dalam negara dilaporkan menurun secara berterusan dalam tempoh 50 tahun seiring dengan penurunan kadar kesuburan sejak tahun 1980. (Utusan)

Melihat kepada trend semasa, Malaysia berisiko terus bergantung kepada tenaga kerja asing dalam tempoh yang lebih lama. Perkara ini dapat dilihat terutamanya dalam sektor-sektor penting negara seperti getah, sawit, padi, dan elektrik dan elektronik. Tambahan pula, isu ketidakpadanan kerja dan penyerapan graduan asing ke dalam pasaran buruh negara dijangka memberi kesan buruk kepada tenaga kerja tempatan terutamanya graduan.

Disediakan oleh:
Knowledge Management Center(KMC), IRIS Institute

**RADAR adalah produk pantauan berita harian IRIS yang memaparkan perkembangan berita-berita strategik dalam setiap bidang utama mengikut sudut pandang IRIS. Sebarang perbincangan dan persoalan boleh diajukan diruang komen atau pautan https://pertanyaaniris.wasap.my/, pihak IRIS akan cuba menjawab.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Kajian Penyelidikan Tertumpu kepada Tujuan Akademik dan Kemajuan Kerjaya Semata, Tiada Usaha Strategik Bangunkan Inovasi Teknologi Baharu- Pakar

Next Post

Malaysia Penyumbang Ke-25 Terbesar Misi Pengaman PBB, Kekalkan Misi Pengaman Antarabangsa Negara Terhad Mengikut Kehendak PBB

Related Posts
Skip to content