Puak Setia Assad Enggan Mengaku Serangan Senjata Kimia di Syria

syrian-child-being-treated-in-hospital-after-a-suspected-chemical-attack-in-Idlib-May-2nd-2015

Idlib, 3 Mei 2015-Lebih kurang 40 orang tercedera dan seorang kanak-kanak terbunuh dalam serangan gas klorin yang dilepaskan melalui helikopter milik kerjaann Syria di Saraqeb (daerah Idlib) di mana ia merupakan serangan buat kali kedua yang dilakukan sejak Rabu dan Khamis lalu. Kebanyakan kanak-kanak dan penduduk sekitarnya dibawa ke hospital dengan segera setelah menunjukkan gejala kesukaran bernafas.

Serangan yang dilakukan di Saraqeb turut diakui oleh Penyelarasan Jawatankuasa Tempatan, sebuah kumpulan aktivis. Sehingga kini tiada sebarang berita tentang serangan kimia yang dilaporkan oleh media massa Syria. Namun, pihak berkuasa yang setia kepada Assad menyalahkan puak penentang atas serangan yang berlaku.

Idlib merupakan daerah yang dikuasai oleh pakatan daripada kumpulan penentang Presiden Bashar al-Assad dan disokong oleh Turki, Qatar dan Arab Saudi.

Pusat pemerhatian Syria yang berpengakalan di Britain untuk Hak Asasi Manusia melaporkan kematian seorang kanak-kanak dalam serangan tersebut namun, sebab kematiannya masih belum disahkan.

Serangan ini berlaku sejurus selepas lawatan daripada Pertubuhan Larangan Senjata Kimia di mana mereka telah bersedia untuk menyiasat dakwaan-dakwaan berkenaan serangan senjata kimia yang berlaku dalam beberapa bulan lalu.

Bulan lepas, satu perjumpaan tertutup telah dilakukan antara pihak perubatan Syria dengan 15 orang ahli Majlis Keselamatan PBB berhubung dakwaan serangan senjata kimia yang berlaku di perkampungan Sarmin (daerah Idlib) pada bulan March lalu di mana membabitkan kematian 6 orang ahli keluarga.

US, Britain dan Perancis kecuali Rusia menuduh kerajaan pimpinan Assad sebagai dalang dalam serangan senjata kimia tersebut disebabkan hanya pihak kerajaan sahaja yang memiliki helikopter.

Kumpulan Hak Asasi Amnesty International pula berkata dakwaan penggunaan senjata kimia di Sarmin adalah bukti jenayah perang baru yang dilakukan oleh kerajaan Syria dan seharusnya dibawa ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa sebagai perkara yang mustahak.

Klorin merupakan senjata kimia yang pertama kali digunakan semasa Perang Dunia 1 dengan kesan bencana yang dahsyat memandangkan ketika itu topeng gas belum lagi dihasilkan secara meluas. Kebanyakan negara mengharamkan penggunaannya berdasarkan Protokol Geneva 1925.

Penterjemah: Nurul Fitrah Abdullah

Sumber: Al-Jazeera

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

52 Penduduk Awam Maut dalam Serangan Diketuai Amerika Syarikat di Syria

Next Post

Sempadan Arab Saudi Diancam Puak Syiah Houthi

Related Posts
Skip to content