Menteri Luar Turki Lawat Malaysia, Turki Ingin Sertai ASEAN

copyright_aabadoluajansi_2015_20150803180038

Menteri Luar Turki, Mevlut Cavusoglu telah memulakan lawatan tiga hari ke Malaysia, yang mana beliau telah menghadiri selaku tetamu khas ke majlis perasmian Mesyuarat Menteri-Menteri Luar Negara Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) ke-48.

Agensi Anadolu melaporkan, antara perkara yang dibincangkan pada perasmian itu ialah keadaan umat Islam Uighur di pusat tahanan Thailand.

Sumber berkata bahawa Menteri Luar Thailand, Tanasak Patimapragorn berkata bahawa Thailand mengikuti perkembangan secara rapat keadaan 109 pendatang Uighur yang dihantar ke China dari kira-kira 350 orang yang ditahan di pusat-pusat imigresen Thai untuk tempoh kira-kira dua tahun.

Langkah itu – berikutan penempatan semula kira-kira 180 Uighur ke Turki – menyebabkan kemarahan dalam kalangan kumpulan-kumpulan hak asasi Turki.

Sumber berkata, kedua-dua menteri turut membincangkan untuk meningkatkan hubungan ekonomi dan politik dua hala dengan pemikiran menghidupkan semula Suruhanjaya Ekonomi Bersama atau Joint Economic Commissions dan Turki menjadi ‘rakan dialog’ kepada ASEAN.

Cavusoglu juga mengucapkan terima kasih kepada rakan sejawatannya dari Malaysia, Anifah Aman yang melindungi kira-kira 1,000 pelarian bot Muslim Rohingya, yang masuk ke negara Malaysia pada Mei selepas Thailand mula mengetatkan kawalan di sempadan.

Malaysia – bersama-sama dengan Indonesia – telah berkata akan membantu dan menyediakan tempat tinggal kepada pelarian selama setahun, tetapi selepas itu, masyarakat antarabangsa perlu berbincang dan mencari penempatan yang sesuai untuk mereka di tempat lain.

Menurut laman web Kementerian Luar Turki, hubungan antara Turki dan ASEAN pada awalnya ditubuhkan pada tahun 2010 apabila Turki telah menandatangani Perjanjian Persahabatan dan Kerjasama ASEAN di Asia Tenggara “dan dengan itu asas-asas kerjasama sektor telah ditetapkan.”

Bagi membolehkan Turki menyertai ASEAN, kriteria kemasukan perlu diubah di bawah Piagam ASEAN Artikel 6, Klausa 2, bertajuk Kemasukan Ahli Baru, yang menyatakan keahlian hanya terbuka kepda negara yang terletak di “ rantau geografi Asia Tenggara yang diiktiraf.”

Turki terletak dalam lebih kurang 6,000 kilometer daripada negara ASEAN terdekat, Myanmar.

Cavusoglu ke Malaysia untuk 48th ASEAN Foreign Ministers’ Meeting di Kuala Lumpur daripada 1 hingga 3 Ogos bagi melengkapkan lawatan rasmi Erdogan.

Erdogan yang tiba selepas lawatan tiga hari di China, turut diiringi oleh delegasi pimpinan perniagaan Turki dan Menteri Luar Mevlut Cavusoglu, Menteri Ekonomi Nihat Zeybekci, Menteri Tenaga Taner Yildiz, Menteri Kesihatan Mehmet Muezzinoglu dan Menteri Pengangkutan Feridun Bilgin.

Erdogan mahu Turki sertai ASEAN

Sebelum itu, Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan berkata kepada media dalam kunjungan tiga hari beliau ke Indonesia bahawa beliau mahu Turki menyertai ASEAN. Dalam satu sidang media di ibu negara bersama rakan sejawat Joko Widodo, Erdogan berkata sebagai ahli G20, Indonesia dan Turki perlu mendapat manfaat daripada keahlian tersebut.

“ Rantau Asia Pasifik semakin penting dalam ekonomi dunia dan kami mahu meningkatkan lagi kerjasama. Kami juga mahu menjadi ahli ASEAN,” tambah beliau lagi.

Beliau mengundang Widodo ke G20 Leaders Summit di Turki yang akan berlangsung pada 15 hingga 16 November, di samping menekankan kepentingan MIKTA (Mexico, Indonesia, South Korea, Turkey, dan Australia) dan meneruskan rundingan.

Menurut Erdogan, “Ahli perniagaan Turki dan Indonesia harus saling mengunjungi negara masing-masing bagi membincangkan peluang pelaburan, di samping bersama-sama melawat negara dunia ketiga.”

Dalam sebuah kenyataan yang dikeluarkan selepas mesyuarat, Widodo berkata bahawa Indonesia berbesar hati menerima kunjungan Erdogan dan menyifatkan diskusi itu sebagai “terbuka dan produktif.”

“Kami menumpukan perbincangan dalam isu ekonomi. Kami bersetuju bahawa sekatan dagangan boleh diselesaikan melalui Free Trade Agreement (FTA) yang belum termeterai lagi. Kami mensasarkannya (FTA siap) dalam tahun ini juga,” kata Jokowi.

Beliau menambah mereka turut berbincang mengenai kerjasama dalam penyelenggaraan ketenteraan, pengeluaran bot, dan pembinaan loji kuasa gas.

“Matlamat kami untuk mengukuhkan lagi kerjasama serta-merta,” kata beliau.

Berdasarkan kepada kenyataan yang disiarkan oleh detik.com, kedua-dua pemimpin tersebut juga setuju untuk meningkatkan pelancongan dan pengangkutan dari Turki ke Indonesia dan sebaliknya, melalui jalan yang dirancang antara Turki-Kuala Lumpur-Jakarta-Denpasar.

Selain itu, sebuah jawatankuasa akan diwujudkan bagi meninjau potensi ekonomi dalam kerjasama selanjutnya antara dua buah negara itu.

Sebelum meninggalkan Indonesia, kedua-dua negara terlibat dalam Turkey-Indonesia Business Forum.

 

Susunan : Ainun Mardhiah Jamaluddin
Sumber: AA [1][2]

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Netanyahu Hasut Yahudi Amerika Bantah Perjanjian Nuklear

Next Post

Rejim Israel Bina Pub di atas Tapak Perkuburan Bersejarah Baitul Maqdis

Related Posts
Skip to content