Netanyahu Hasut Yahudi Amerika Bantah Perjanjian Nuklear

url

Persidangan Presiden-Presiden Organisasi Yahudi Amerika mengumumkan bahawa Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu akan bertemu dengan orang Yahudi Amerika hari ini dalam usaha untuk menggagalkan perjanjian nuklear antarabangsa dengan Iran.

Organisasi tersebut berkata ucapan Netanyahu boleh didapati di komputer, dalam telefon mudah alih dan di rumah-rumah ibadat di seluruh Amerika.

“Isu-isu yang terlibat dengan perjanjian nuklear Iran adalah kompleks dan kesan yang besar kepada penduduk Yahudi di Amerika Utara,” kata Stephen Greenberg, selaku Pengerusi organisasi.

Sebelum itu, Rumah Putih telah mengumumkan pada Jumaat lepas bahawa Presiden Barack Obama akan menyampaikan ucapan di Washington pada 5 Ogos mengajak rakyat Amerika untuk menyokong perjanjian itu.

Jurucakap Rumah Putih, Josh Earnest berkata Obama akan menyampaikan ucapan di American University di mana beliau akan bercakap tentang perjanjian dengan Iran, isu-isu keselamatan antarabangsa dan peranan Amerika Syarikat (AS).

Pada hari Khamis lepas, Obama telah menggesa kumpulan pelobi-pelobi di AS untuk meningkatkan suara mereka untuk berhadapan dengan orang-orang yang berusaha untuk menggagalkan perjanjian nuklear.

 

Terjemahan : Farris Hanafi
Sumber : MEM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Analisis Kadar Kenaikan Tol di Malaysia

Next Post

Menteri Luar Turki Lawat Malaysia, Turki Ingin Sertai ASEAN

Related Posts
Skip to content