Penduduk di Sabah hanya dapat menikmati 28 peratus daripada jumlah pengeluaran air negeri disebabkan kegiatan mencuri air yang dilakukan oleh kilang-kilang dan penempatan setinggan.
Berdasarkan statistik daripada Jabatan Perangkaan Malaysia, pengeluaran air di Sabah pada tahun 2022 mencatatkan sebanyak 1,404 juta liter sehari (MLD). Daripada angka tersebut, pengguna domestik menggunakan sekitar 394 MLD, manakala penggunaan oleh sektor bukan domestik, termasuk industri, mencapai 238 MLD. – DOSM, DOSM
Ini menunjukkan Sabah mempunyai hampir 60 peratus lebihan air yang tidak digunakan oleh pengguna domestik dan bukan domestik.
Pada Jun lalu, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor mengarahkan Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang mencuri air kerana sambungan haram telah dikenal pasti sebagai punca utama 60 peratus air tidak terhasil (NRW) di Sabah. – Astro Awani
Katanya, “tangkap mereka (pesalah) dan dakwa di mahkamah. Begitu juga, kami mahu kilang-kilang yang didapati mencuri air dibawa ke mahkamah dan bukannya hanya mengeluarkan kompaun.” – Astro Awani
Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) pada Julai lalu menyatakan sebanyak 1,888 sambungan paip air haram di negeri ini berjaya dipotong dalam operasi pemotongan bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini. Langkah ini datang selepas agensi itu memotong 24 sambungan paip haram oleh penghuni setinggan di Kampung Suang Parai, Sepanggar pada Jun berikutan gangguan bekalan air kepada pengguna berdaftar di sekitar Sepanggar. – Sabah Media, Bharian
Sebelum ini, Fokus melaporkan 28 peratus daripada populasi Sabah adalah warga asing yang kebanyakannya merupakan warga Indonesia dan Filipina. – Fokus
Disediakan oleh:
Knowledge Management Center(KMC), IRIS Institute
**RADAR adalah produk pantauan berita harian IRIS yang memaparkan perkembangan berita-berita strategik dalam setiap bidang utama mengikut sudut pandang IRIS. Sebarang perbincangan dan persoalan boleh diajukan diruang komen atau pautan https://pertanyaaniris.wasap.my/, pihak IRIS akan cuba menjawab