Pendapat: Kemanakah penduduk Gaza ingin dihalau keluar?

(Bandar Rafah Baru – Sumber: Almonitor)

1. Semalam, tentera penjajah Israel telah menebarkan kertas amaran kepada penduduk Palestin di Gaza supaya meninggalkan bandar tersebut atau berhadapan dengan pembunuhan atas alasan bersekongkol dengan “pengganas”. Persoalannya, ke mana mereka akan di bawa pergi?

2. Semalam juga telah berlangsung Sidang Kemuncak Keamanan Kaherah (Cairo Peace Summit) yang dihadiri oleh pemimpin-pemimpin negara Arab, Afrika dan Eropah, tetapi berakhir dengan ketiadaan sebarang resolusi. Walaupun begitu terdapat naratif-naratif yang kuat mengatakan bahawa salah satu syarat kepada gencatan senjata adalah penduduk Gaza dikeluarkan daripada situ, dan menuju ke Sinai. Sumber: Reuters

3. Mengapa Sinai? Walaupun seolah-olah As Sissi, Presiden Mesir, tidak mahukan pelarian, namun pendirian itu mungkin berbeza jika Mesir mendapat bantuan asing daripada negara-negara Barat untuk mendanai projek penempatan tersebut. Sumber: Reuters

4. Jika kita perhatikan sejak 2014, Mesir telah membina pelbagai infrastruktur perumahan merangkumi 462 projek perumahan baru dan pelbagai lagi infrastruktur asas seperti jalan, saliran untuk keperluan zon-zon industri baru yang dibina dan menelan belanja sebanyak USD 38.2 bilion. Daripada mana Mesir mendapat dana sebanyak itu? Bukankah Mesir berhadapan dengan krisis ekonomi? Sumber: Arabnews

5. Antara pihak yang banyak memberikan derma, serta menubuhkan dana-dana pembangunan sinai adalah Saudi. Sumber: Middle East Monitor

6. Saudi memberi bantuan kepada Mesir salah satunya atas kepentingan tanah di Selatan Sinai telah diberikan untuk projek pembangunan Bandar NEOM Sumber: Neom

7. Soalnya, apakah kepentingan Saudi dalam projek pembangunan Sinai? Serta untuk siapakah projek-projek pembangunan ini? Jika kita lihat penduduk Sinai tidak melebihi 600,000 orang. Alasan yang kerap kali digunakan adalah untuk menempatkan semula perumahan orang Arab Badwi, yang dikatakan menjadi sarang “kumpulan pengganas”

8. Perkembangan-perkembangan yang berlaku menyokong dakwaan, bahawa penduduk di Gaza mahu dihalau keluar ke Sinai. Namun, apa yang memeningkan Israel, walaupun pelbagai siri pengeboman dikenakan terhadap penduduk Gaza, penduduk Gaza masih lagi tetap bertahan di bumi “ribath”.

9. Pembolehubah ini mungkin akan mengubah senario perang jika terus berlanjutan. Persoalannya, selama dan sejauh mana penduduk Gaza mampu bertahan? Ramai pemerhati dan penganalisis sedang memerhatikan sebarang keberangkalian “ground invasion” oleh Israel serta campur tangan tentera Amerika Syarikat dalam perang kali ini. Namun sehingga kini, Israel mesih lagi tidak melancarkan serbuan darat.

10. Dikhuatiri jika Amerika Syarikat mula campur tangan, perang ini akan membawa kepada risiko perang serantau yang akan mengubah landskap di Timur Tengah. Amerika Syarikat baru-baru ini telah mengeluarkan “veto” di PBB untuk tidak bersetuju mengambil pendekatan “gencatan senjata”. Sumber: Reuters

11. Persoalannya adakah perubahan landskap yang berlaku ini membawa kepada senario tertubuhnya “The Greater Israel” atau akan menghilangkan Israel dari peta Dunia? Ini bergantung kepada langkah intervensi yang dijalankan oleh umat Islam sedunia untuk membebaskan Palestin.

Oleh:
Asyraf Farique
COO IRIS INSTITUTE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Perang Palestin-Israel serta implikasi terhadap projek IMEC

Next Post

Baitulmaqdis: Sejarah Pertembungan Tamadun-Tamadun Dunia

Related Posts

Berminat Untuk Menyumbang?

Kami di FOKUS sentiasa menghargai sokongan anda untuk terus menghasilkan kandungan berkualiti. Sumbangan anda akan membantu kami meningkatkan lagi mutu dan membantu operasi laman web ini.

Skip to content