Bagaimana ‘Revolusi’ Kebangkitan Berlaku Di Turki?

Turki berjaya membangunkan ekonomi dan menggagalkan revolusi kebangkitan tanpa pertumpahan darah semasa zaman parti AKP memerintah. Inilah “revolusi senyap” Turki selama dua puluh tahun sebelum berlaku revolusi sebenar.

Seorang penulis dan wartawan Syria yang terkenal iaitu Faisal Al-Qasim menyatakan, Turki berjaya membangunkan ekonomi dan menggagalkan revolusi kebangkitan tanpa pertumpahan darah semasa zaman parti AKP memerintah. Inilah “revolusi senyap” Turki selama dua puluh tahun sebelum berlaku revolusi sebenar.

Al-Qasim telah menulis artikel yang bertajuk “Bagaimana Turki berjaya menghalang revolusi?”, yang disiarkan pada petang Jumaat lalu di dalam akhbar Al-Quds Al-Arabi.

Beliau mengatakan, hakikat revolusi di Turki bukanlah dalam erti kata revolusi sebenar, tetapi revolusi yang sebenarnya adalah pembangunan yang dibuat selama lebih dari dua puluh tahun, di mana telah mengubah Turki dari satu dunia ke dunia yang lain.

Beliau membandingkan keadaan di Turki sebelum dan selepas pemerintahan Parti AKP, dia bertanya, “Apa yang anda tahu tentang Turki di media sebelum ini? Apa yang dikenali di Turki dahulu? Bagaimana pandangan dunia secara umum, dan Arab khususnya terhadap rakyat Turki?

Mungkin dua perkara paling terkenal mengenai Turki adalah rampasan kuasa tentera dan harga lira Turki, yang sangat rendah. Kita tidak pernah dengar mengenai Turki di media sehinggalah muncul berita tentang rampasan kuasa tentera semasa Parti AKP memerintah.”

Beliau menambah, ramai orang memandang rendah mata wang Turki. Perkara yang kelakar pernah terjadi dahulu, apabila seorang pemuda Syria pergi ke Turki untuk bekerja, apabila dia menghubungi keluarganya untuk bertanya khabar dan mengirim beberapa juta lira kepada mereka, keluarganya berasa sangat gembira kerana mereka tidak tahu nilai lira Turki yang sangat rendah.

Ketika itu, jutaan lira Turki hanya menyamai satu dolar AS. Jadi, tidak hairanlah mereka gembira dengan jutaan lira, tetapi kecewa apabila mereka mendapati bahawa jutaan lira Turki tidak dapat membeli walaupun sekilo daging.

Al-Qasim memuji Turki dalam membangunkan ekonomi, katanya, “salah satu pencapaian terpenting dari ‘revolusi senyap’ Turki adalah dalam beberapa tahun Turki bangkit dari negara dunia ketiga dan menjadi negara ke-20 yang paling maju di dunia dalam bidang ekonomi, sehingga lira Turki menjadi impian ramai orang setelah berjaya menghapuskan enam sifar belakang dan menjadi mata wang dihormati di dunia.

Beliau menambah, “Antara kekurangan bandar-bandar di Turki adalah, masalah sistem pembetungan, termasuk Istanbul sendiri, sehingga bau busuk dari kumbahan tersebar, walaupun hari ini Istanbul telah menjadi salah satu bandar paling cantik dan berprestij di dunia, dan sehingga mampu menarik berjuta-juta pelancong setiap tahun.

Siapa yang pernah bercuti semasa musim panas di Turki sebelum Parti AKP memerintah negara itu dua puluh tahun yang lalu? Hari ini, Turki telah menjadi pusat tumpuan pelancong dari seluruh dunia. Dan membeli sebuah pangsapuri di mana-mana bandar Turki telah menjadi impian jutaan orang dari seluruh dunia.

Mengenai pencapaian Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan semasa pemerintahannya, Al-Qasim berkata, “Wujudkah orang yang ingin memegang kewarganegaraan Turki sebelum era Erdogan? Sangat sedikit.

Tapi hari ini, satu kebanggaan jika memperoleh kewarganegaraan Turki kerana ranking global yang telah dicapai. Apakah barang Turki yang orang beli? Mungkin manisan Turki yang sedap lebih dikenali, tetapi hari ini industri Turki telah berjaya dalam semua bidang dan mampu bersaing di peringkat antarabangsa, termasuk industri ketenteraan. Siapa belum pernah dengar drone Bayraktar yang digunakan dalam semua pertempuran yang mereka jalani?

Beliau menambah bahawa “kini pakaian Turki mampu bersaing dengan pakaian Itali dan antarabangsa lain dari segi kualiti, kecantikan dan jenamanya, belum lagi dibandingkan dengan harganya yang jauh lebih murah. Jika diperhatikan kesenian dan barang-barang Turki telah menembusi pasaran antarabangsa. Apabila United Kingdom (UK) meninggalkan Kesatuan Eropah, UK segera membuat perjanjian perdagangan dengan Turki hanya untuk mendapatkan bekalan makanan dan barang-barang keperluan rumah jenama Turki.

Al-Qasim juga memuji kestabilan politik yang berlaku pada era parti AKP, ketika Jeneral Turki sibuk dengan rampasan kuasa terhadap Parti AKP dan Erdogan, tentera Turki kini dihantar ke serata dunia sebagai langkah membina strategi luar yang belum pernah dibuat dalam sejarah Turki moden, sehingga orang ramai kembali mengingati kejayaan sejarah penaklukan Uthmaniyah yang gemilang.

Bukankah ini revolusi yang hebat? Turki telah berjaya dalam ‘revolusi’ tanpa sedikit pun pertumpahan darah dengan menggunakan kemahiran politik, ekonomi, ilmiah dan sosial.

Pengalaman Turki telah mengajar kita bahawa revolusi boleh berlaku secara senyap, tanpa pertumpahan darah, demonstrasi dan kekacauan. Inilah yang dilakukan oleh Parti AKP, Erdogan berjaya mengatasi Ataturk dalam memajukan industri dan ekonomi Turki sehingga ke peringkat antarabangsa.

Beliau menyatakan, apabila pemimpin dan parti negara telus, mereka akan mengutamakan kemajuan negara dan rakyat, jadi, semua pihak akan menyokong dan saling membantu.

Revolusi memerlukan pejuang negara yang mampu mengumpul penyokong di belakang mereka, inilah yang dilakukan oleh kepimpinan Turki, sehingga menjadikan semua pihak dalam setiap bidang bangkit bersama.

Mengapa? Kerana pemimpinnya yang bersih dan patriotik, jika pemimpinnya rosak, negara dan rakyat juga rosak, seperti kata pepatah: ikan akan membusuk dari kepalanya, lembu pula dari alur takuknya. “

Al-Qasim mengakhiri artikelnya dengan memuji, “Golongan elit Turki menunjukkan contoh patriotisme dan amanah terhadap negara. Sebab itu mereka berjaya memimpin ‘revolusi’ ini secara tenang dan tersusun, tanpa perlu melepaskan walau satu tembakan pun.” Pemimpin negara yang hebat membentuk negara dan orang yang hebat. Turki telah mengubah pepatah lama: Sebagaimana rakyat begitulah pemimpinnya” kepada “sebagaimana pemimpin begitulah rakyatnya.”

Faisal Al-Qasim
Jurnalis Syria

*Artikel ini telah diterjemah oleh Fathiah Zulkifli (Ketua Penyunting Fokus)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

RADAR 2021 (Edisi 46)

Next Post

Scopus Dan Ekploitasi Dunia Akademik Oleh Yahudi?

Related Posts
Skip to content