Pengharaman Dong Zhong, undang campur tangan kuasa besar China

Bukan mudah bagi kerajaan untuk mengharamkan Dong Zong.

Kenyataan Tun Mahathir berkata, ‘terserah kepada polis untuk mengharamkan Dong Zhong’, dikhuatiri akan mengundang lebih banyak campur tangan kuasa besar China ke dalam kancah politik negara.

Tuntutan pendidikan Cina ini, bukan hanya bersifat tempatan. Ia adalah tuntutan (rentas negara) oleh aktor-aktor transnasional diaspora Cina sedunia. Dipayungi oleh China sebagai kuasa besar dunia.

Dengan kekuatan ekonomi dan politik, mereka boleh melobi kerajaan-kerajaan di Asia Tenggara supaya menerima sistem pendidikan Cina yang mereka perjuangkan.

Hubungan yang erat antara Dong Zong dan kerajaan China serta lobi berterusan daripada persatuan-persatuan Cina dan sokongan daripada taikun-taikun Cina yang juga merupakan pendana utama parti-parti politik, menyebabkan pendidikan Cina merupakan suatu lobi yang sangat kuat.

Sesiapa sahaja menjadi kerajaan harus menerima desakan ini.

Ini menjelaskan kepada kita, walau majoriti masyarakat Malaysia menolak sistem pendidikan rasis ini, namun kerajaan terpaksa mengiktirafnya.

Walaupun sudah terang lagi bersuluh, sistem pendidikan ini hanya menyebabkan perpaduan kaum menjadi renggang, dan masyarakat Cina hidup dalam dunia dan jaringan sendiri.


p/s: Anda boleh rujuk buku PenChinaan Malaysia terbitan Interdisciplinary Research and International Strategy – IRIS Institute bagi memahami perkara ini dengan lebih mendalam.

Oleh:
Asyraf Farique

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Landskap Edisi 13

Next Post

RADAR EDISI 59

Related Posts

Berminat Untuk Menyumbang?

Kami di FOKUS sentiasa menghargai sokongan anda untuk terus menghasilkan kandungan berkualiti. Sumbangan anda akan membantu kami meningkatkan lagi mutu dan membantu operasi laman web ini.

Skip to content