Peningkatan RM1.4 bilion bajet pertahanan belum mencukupi untuk hadapi risiko ancaman di perairan dan penuaan aset

Peningkatan sebanyak RM1.5 bilion peruntukan kepada  Kementerian Pertahanan (MINDEF) pada Belanjawan 2025 dilihat tidak mencukupi untuk menghadapi ancaman di Laut China Selatan dan usaha pemodenan aset ketenteraan.

Bercakap kepada FMT, Prof Dr Salawati Mat Basir mendakwa Putrajaya tidak cukup mengutamakan keselamatan negara atau memberikan perhatian yang cukup kepada keadaan di rantau ini. – FMT

Tegasnya, pendekatan kerajaan untuk menyelesaikan isu Laut China Selatan secara diplomatik menunjukkan mereka tidak mempertimbangkan keadaan sebenar. Tambah beliau, peningkatan ini pula berkemungkinan tinggi disebabkan oleh inflasi dan peningkatan kos. – FMT

Sementera itu, pakar pertahanan, Lam Choong Wah pula menganggap dana kepada MINDEF tidak mencukupi untuk menyokong rancangan untuk memodenkan angkatan tentera Malaysia oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). – FMT

Pada ketika ini, satu pertiga daripada armada kapal tentera laut difahamkan berusia lebih 40 tahun dan memerlukan pemeriksaan yang berterusan. – FMT

Belanjawan 2025 memperuntukkan RM21.2 bilion kepada Kementerian Pertahanan berbanding RM19.7 bilion pada 2024. Bagi 2024, peruntukan kepada MINDEF adalah sekitar 5.6% daripada keseluruhan belanjawan negara iaitu RM393.8 bilion. Manakala, peratusan itu menurun kepada 5.04% pada tahun ini mempertimbangkan jumlah belanjawan meningkat kepada RM421 bilion. – MOF

Disediakan oleh:
Knowledge Management Center(KMC), IRIS Institute

**RADAR adalah produk pantauan berita harian IRIS yang memaparkan perkembangan berita-berita strategik dalam setiap bidang utama mengikut sudut pandang IRIS. Sebarang perbincangan dan persoalan boleh diajukan diruang komen atau pautan https://pertanyaaniris.wasap.my/, pihak IRIS akan cuba menjawab.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Iran sumbang 450 buah buku kepada Perpustakaan Negara Malaysia (PNM), buku berunsur Syiah turut tersenarai

Related Posts

Langgan sekarang untuk terus membaca.

Dapatkan akses premium merangkumi berita, senario bidang-bidang utama yang dirumuskan dan laporan analisa khas.

Pakej Asas

RM200 / tahun

Pakej Perak

RM500 / tahun

Pakej Premium

Bermula RM1000

Berminat Untuk Menyumbang?

Kami di FOKUS sentiasa menghargai sokongan anda untuk terus menghasilkan kandungan berkualiti. Sumbangan anda akan membantu kami meningkatkan lagi mutu dan membantu operasi laman web ini.

Skip to content