Penjajahan China secara senyap di Laut China Selatan.

Kita akan memfokuskan aktiviti penting China di kepulauan Paracels, memandangkan ini antara kawasan yang paling strategik di Laut China Selatan. Perkembangan baru di Paracel Islands, atau digelar China sebagai Shasha City di Laut China Selatan, sektor perlancongan telah dibangunkan dengan membawa masuk pelancong-pelancong China ke pulau terbabit. Jika kita lihat dalam satu dokumentari ringkas yang dibawakan oleh akbar South China Morning Post, kita akan melihat bagaimana lawatan pelancongan itu dirangka seperti model lawatan sejarah, yang memaparkan bahawa pulau Paracell itu adalah milik China. Gambar di atas, jika kita boleh lihat bagaimana para pelancong menyanyikan lagu kebangsaan China sehingga menaikkan bendera di pulau Xisha (Pulau Paracel)

Tidak cukup dengan sektor pelancongan, terkini, beberapa buah Bank mahu membuka cawangan di situ. Bank Of China telah membuka cawangan di situ pada 5 Februari yang lalu. Bank-bank yang lain seperti China Developement Bank, dan Agriculture Bank, dilihat telah menjalinkan usahasama bersama pihak berkuasa tempatan untuk membuka cawangan baru mereka di sana.

China juga kelihatannya sudah memagari kawasan lubang yang dipercayai paling dalam di dunia, di kepulauan Paracell. Berdasarkan Berita Xinhua, Lubang Naga (Dragon Hole), atau Londding, dengan kedalaman 987 kaki (300.89 meter), memegang rekor kedalaman yang mengalahkan Dean’s Blue Hole di Kepulauan Bahamas (kedalaman 663 kaki/202 meter).

Menurut Xinhua, dalam mitos tempatan, Dragon Hole sendiri disebutkan dalam novel dinasti Ming “Perjalananan Menuju Barat”, dimana seekor kera sakti memperoleh tongkat sakti dari kerajaan bawah laut yang dipimpin oleh naga.

Anda boleh membaca lanjut di laman National Geographic. 

Penambahan aktiviti tentera.

Lebih membimbangkan beberapa laporan yang dibuat oleh pusat kajian Amerika seperti CSIS menunjukkan China juga telah menambah fasiliti tentera di Pulau Paracel. Walau bagaimanapun aktiviti ini tidak berapa mendapat perhatian dunia kerana dilakukan secara berkala dan “senyap” dalam menambahkan kapasiti ketenteraan mereka di pulau terbabit. Sejarah perebutan pulau-pulau di sekitar Laut China Selatan ini, (dikenali sebagai laut Champa ketika zaman kegemilangan empayar Melayu dahulu). Anda boleh membaca sejarah pertikaian kuasa di kawasan Laut Champa itu di sini.

China sedang membina lebih 20 penempatan di pulau-pulau kecil di kawasan sekitar Paracels. Jika kita melihat peta di atas, 3 daripadanya kini ada, pelabuhan yang dilindungi dan mampu untuk menampung jumlah kapal tentera yang besar. 4 yang lain memiliki pelabuhan yang kecil, dan menunggi siapnya pelabuhan ke 5 di pulau Drummond. 5 daripada pulau-pulau itu mengandungi helipad, di mana Pulau Duncan mempunyai tapak pendaratan helikopter yang mencukupi. Pulau Woody pula memiliki hangar, dan landasan kapal terbang untuk memasang misil HQ-9

Pulau Woody

Pulau Woody, merupakan pengkalan tentera China yang utama di Pulau Paracel. Pulau itu juga merupakan ibu pejabat pengurusan kepada 3 rangkaian pulau yang menjadi tuntutan China di Laut China Selatan (Xisha ataupun Pulau Paracel, Nansha atau Pulau Spartly dan Zhongsha, kawasan meliputi tebing Macclesfield dan juga beting Scarborough. Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, China telah menambah fasiliti ketenteraan di pulau terbabit, antaranya termasuk 16 hangar kecil untuk pesat tempur disamping 4 hangar besar. Lebih membimbangkan, China pada awal tahun 2016, memasang, misil udara HQ-9. Sejak tahun 2013, projek-projek di Pulau Woody telah digunakan sebagai “blueprint” untuk menambah baik 3 pengkalan besar China di Spartly, Fierry Cross, Subi dan Mischief Reefs. Dalam masa terdekat, tempat-tempat terbabit akan mempunyai keupayaan yang sama dengan apa yang ada di Pulau Woody.

Pulau Duncan

Pulau Duncan dan Palm mempunyai keupayaan ketenteraan kedua terbaik di sekitar kawasan kepulauan Paracell. Kalau kita boleh perhatikan, kawasan di antara ke dua-dua pulau itu diperdalamkan untuk membina perlabuhan. Bukan itu sahaja, pulau ini juga mempunyai ruang pendaratan helikopter. 

Pulau Tree

Perkembangan yang sama di Pulau Tree, projek perdalaman dilakukan untuk membina kawasan perlabuhan dan tempat pendaratan helikopter.

Pulau “North dan Middle” 

Pulau ini akan dijadikan dan dibina fasiliti ketenteraan seperti pulau-pulau yang lain di Paracels. Fasa pembinaan sedang dijalankan.

Pulau Triton

Jika diperhatikan melalui gambar satelit, kita akan melihat gambaran bendera China, dan juga beberapa perlabuhan dan tempat pendaratan helikopter yang baru dibina. Ini menambahkan lagi dakwaan, bahawa China sedang mengisytiharkan kawasan kedaulatan di pulau terbabit.

Pulau Pattle 

Seperti Pulau Triton, pulau Pattle juga membina perlabuhan dan tempat pendaratan helikopter yang sendiri.

Pulau Lincoln 

Pulau Lincoln, terdapat perlabuhan kecil di situ, tetapi tiada kedapatan sebaran infrastruktur udara yang dibina di kawasan pulau terbabit.

Pulau Money

Seperti kebanyakkan pulau yang lain, China sedang membina perlabuhan dan juga kawasan pendaratan helikopter di pulau ini.

Pulau Drummond 

China sedang membina dan memperdalam kawasan perairaran di pulau terbabit untuk membina perlabuhan.

Antelope Reef, Observation Bank, and Quanfu and Yagong Islands

Tidak semua kawasan yang menjadi kawalan China di kepulauan Paracells sudah dibina infrastruktur yang signifikan seperti kawasan-kawasan di atas ini. Namun begitu, kegiatan China membina beberapa infrastruktur ketenteraan di pulau-pulau terbabit, menunjukkan satu indikator, bahawa China sedang mengistiharkan kawasan kepulauan terbabit adalah pulau milik mereka, dan mereka akan mempertahankannya jika tidak dengan cara diplomasi, dengan menggunakan cara ketenteraan.

Oleh:

Asyraf Farique
Penganalisis IRIS INSTITUTE

 

1 comment
  1. Tidakkah bleh negare2 asia tenggare mnubuhkn kesatuan mreka trmasuk ketenteraan? Jk x, satu persatu pulau dn negare di asia tenggare akan ditelan kuase besar chine.
    Chine ibarat seekor nage yg br bngun dr tidur dn kelaparan. Mreka mpunyai kekuatan dn kelengkapan tentera setanding kuase2 besar dunie yg lain. Lbih malang chine jg merupakan kuase veto dlm pbb. Kt takut dasar komunis yg chine bw akan mnghalalkn mreka utk meluaskn empayar dgn care kekerasan dn ketenteraan.
    Skrang mreka mnghulurkn bntuan keewangan kpd negare yg memerlukn trmasuk msia sndiri. Tp ape jd kpd negare yg gagal melunaskn seperti beberape negare di afrika? Tp yg pling kt takuti bl gajah dgn gajah bergaduh, kt ditengah2 mati trsepit.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Geopolitical competition in the Black Sea and implications to Turkish Foreign Policy

Next Post

General C. William Westmoreland Faktor Kegagalan Amerika Dalam Perang Vietnam?

Related Posts

Berminat Untuk Menyumbang?

Kami di FOKUS sentiasa menghargai sokongan anda untuk terus menghasilkan kandungan berkualiti. Sumbangan anda akan membantu kami meningkatkan lagi mutu dan membantu operasi laman web ini.

Skip to content