Sekolah Vernakular Antara Cabaran Utama Kepada Perpaduan – Dr. Jemilah Mahmood

Menurut berita Samudera, Tan Sri Dr. Jemilah Mahmood menyatakan bahawa dasar sekolah vernakular merupakan antara masalah utama yang masyarakat di Malaysia perlu selesaikan dalam menghapuskan jurang sosial antara kaum di Malaysia.

Dalam ucapan beliau di forum “Prinsip Kesepaduan Sosial Dalam Membina Keluarga Malaysia: Realiti dan Cabaran” pengasas badan kebajikan MERCY tersebut menegaskan dasar pendidikan vernakular telah memecah-belahkan masyarakat.

“Kita mempunyai pengasingan melalui sekolah vernakular dan sebagainya, satu isu yang sangat politikal, tetapi telah memecah-belahkan negara kita,” tegas beliau.

Beliau turut menegur sikap sesetengah guru dan ibu bapa yang sering menerapkan unsur-unsur prejudis dan berbaur kebencian dalam minda kanak-kanak.

“Apa peluang dia untuk berfikir luas? Apa peluang dia untuk berdialog? Apa peluang dia untuk tidak menjadi seorang yang judgemental?” soal beliau.

Menurut beliau, perubahan dalam aspek pendidikan memerlukan keupayaan politik, namun jika harapan digalaskan kepada ahli politik sahaja tiada sebarang perubahan yang akan berlaku.

“Menunggu ahli politik buat keputusan ataupun tindakan, sampai saya meninggal pun tak ada apa-apa yang akan berlaku,” seloroh beliau.

Dalam satu kenyataan yang lain Prof. Emeritus Dato’ Dr. Teo Kok Seong mengatakan bahawa sekolah vernakular Cina memberi implikasi terhadap tahap penggunaan Bahasa Melayu dalam kalangan orang Cina.

Hal ini disebabkan murid sekolah vernakular Cina cenderung untuk mengamalkan bahasa Cina dalam berkomunikasi di sekolah dan di rumah.

Walaupun isu ini merupakan isu pendidikan, tetapi menurut beliau juga isu ini juga boleh dilihat sebagai satu isu nasionalisme yang meletakkan persoalan kerakyatan dan perpaduan Malaysia sebagai persoalan utama.

Namun begitu, menurut laporan yang dikeluarkan IRIS Institute, peruntukan kewangan bagi sekolah vernakular cina masih diteruskan. Sekolah vernakular bukan sekadar menerima dana yang konsisten berjumlah RM50 juta dalam Belanjawan Negara, bahkan Kerajaan Negeri sudah mula mengambil peranan dalam memperkasakan institusi ini. Ikuti laporan penuh pada pautan dibawah:

*Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Fokus.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Peruntukan Kewangan Sekolah Vernakular Cina

Next Post

SJKC Konsisten Terima dana Sebanyak RM50 Juta dari kerajaan Pusat Sejak 2014

Related Posts
Skip to content