Penyebaran Covid-19 Melalui Udara Khususnya Aerosol: Apa Impak Dan Implikasinya?

Man sneezing without a mask, sneeze spray cloud backlight. Airborne germs

Virus COVID-19 kini sudah mula diketahui secara saintifik bahawa mampu tersebar melalui udara (airborne) ataupun terminologi lain ialah aerosol walaupun begitu banyak kontroversi berkenaan isu ini pada suatu ketika di awal pandemik.

World Health Organization (WHO) dan Centers for Disease Control and Prevention (CDC) baru sahaja boleh menerima premis ini setelah hampir setahun ‘berkeras’ menganggap bahawa virus COVID-19 ini hanya mampu tersebar melalui water droplet.

Pendekatan yang digunakan oleh WHO, iaitu selagi tiada bukti sebagai airborne, maka premis water droplet diguna pakai.

Pendekatan (1) seperti ini, sejak dari awal lagi sudah pun dikritik hebat oleh beberapa pakar virologi dan mikrobiologi molekul.

Sepatutnya, pendekatan (2) yang lebih sesuai dan lebih tegas ialah menggunakan premis; jangkitan COVID-19 berlaku melalui airborne sehingga ada bukti untuk ‘rule out‘ premis ini (tiada bukti airborne tetapi hanya water droplet).

Kini, ianya sudah terlambat. Premis pendekatan (1) yang digunakan oleh WHO ini telah menelan kos nyawa yang terlalu banyak.

Walaupun pendekatan (2) mungkin akan menelan kos kewangan dan ekonomi yang banyak, namun ianya akan memelihara faktor nyawa dan keselamatan dengan lebih tegas.

Begitu banyak bukti saintifik telah muncul menyokong bahawa virus COVID-19 mampu tersebar melalui udara ataupun aerosol.

Ianya seolah-olah menjadi satu berita mimpi ngeri kerana selama ini kebanyakan polisi dan SOP diambil bagi mengekang jangkitan bergantung kepada ‘tanggapan’ bahawa virus COVID-19 hanya mampu tersebar melalui titisan cecair (water droplet) di udara.

Maka lahirlah penjarakan sosial sejauh sekurang-kurangnya 1 meter dan pemakaian mask klinikal biasa.

Ya, tidak dinafikan jika pendekatan 2 diambil dari awal, akan berlaku demand terhadap pelitup muka N95 yang mungkin sama sekali tidak dapat dipenuhi oleh pihak pengeluar.

Namun dengan terbuktinya virus COVID-19 mampu tersebar melalui aerosol, ianya memiliki impak yang lebih jauh daripada sekadar pemakaian pelitup separuh muka.

Penjarakan sosial juga mungkin perlu dikaji kembali, jarak 1 meter akan menjadi tidak begitu relevan dalam ruangan tertutup atau tiada pengaliran udara.

Tempat-tempat yang tertutup dan tiada pengudaraan sepatutnya di’haram’kan sama sekali dan memerlukan SOP yang baharu jika ingin diteruskan.

Saranan CDC dalam mengenakan dua lapisan pelitup muka baru-baru ini juga sebenarnya adalah berasaskan bahawa virus COVID-19 tersebar melalui aerosol.

Maka, kajian yang dijalankan juga menunjukkan pemakaian dua lapisan muka mampu meningkatkan keberkesanan sehingga 90% berbanding hanya 50% bagi satu lapisan pelitup muka.

Kebanyakan kes-kes jangkitan di Malaysia melibatkan kluster jangkitan pekerja-pekerja di kilang.

Maka, sewajarnya jika benar aktiviti ekonomi ini ingin diteruskan/diimbangkan, saya berpendapat kerajaan perlu memastikan pekerja kilang dilengkapi dengan pelitup muka yang lebih berkesan; sama ada dua lapisan atau lebih baik pelitup muka N95 bagi membendung jangkitan daripada terus berlaku.

Membiarkan pemakaian pelitup muka mengikut SOP yang sedia ada ditambah dengan persekitaran dan sistem pengudaraan yang tertutup (dalam bangunan) hanya akan mengekalkan kadar dan kemampuan virus ini tersebar.

Aspek pengaliran udara (pengudaraan) seharusnya menjadi aspek penting dalam mengeluarkan SOP baru. Transmisi virus melalui zarah kecil (aerosol) boleh dikurangkan dengan pengaliran udara yang baik.

Maka, mana-mana kawasan yang tertutup seperti bangunan pejabat dan sebagainya perlu dipastikan aspek pengudaraan yang baik.

Kesimpulannya, dengan wujudnya bukti-bukti bahawa virus COVID-19 boleh tersebar melalui udara, sudah tiba masanya SOP yang sedia ada dikaji semula.

Tidak guna jika PKP diperketatkan tetapi SOP masih di takuk lama, dan masih menganggap virus ini hanyalah bawaan titisan cecair (water droplet) di udara.

Kegagalan memahami selok-belok musuh kecil ini bererti kita akan melakukan kesalahan yang sama dan berulang-berulang.

Paling utama, proses vaksinasi juga sepatutnya dirancakkan semaksimum mungkin dengan kadar darurat yang dikeluarkan.

Tidak memadai jika menyuruh majoriti rakyat berdaftar tetapi proses pelaksanaan vaksin begitu perlahan dan lembab.

Oleh
Dr Amin Rukaini Mustafa
University of Cambridge, UK (Ph.D in Biotechnology)

*Tulisan ini pertamanya ditulis di Facebook peribadi Dr Amin Rukaini Mustafa. Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Fokus.my

RUJUKAN LANJUT
https://www.thelancet.com/…/PIIS0140-6736(21…/fulltext
https://www.bmj.com/content/373/bmj.n1030
https://www.bmj.com/content/373/bmj.n913
https://www.webmd.com/…/10-signs-airborne-coronavirus…
https://www.pnas.org/content/118/17/e2018995118
https://jamanetwork.com/journals/jama/fullarticle/2779062

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Tentera Udara Korea Selatan bersedia guna UAV Hidrogen berbanding UAV bateri

Next Post

Pusat Data Microsoft di Malaysia

Related Posts

Berminat Untuk Menyumbang?

Kami di FOKUS sentiasa menghargai sokongan anda untuk terus menghasilkan kandungan berkualiti. Sumbangan anda akan membantu kami meningkatkan lagi mutu dan membantu operasi laman web ini.

Skip to content