Tentera Udara Korea Selatan bersedia guna UAV Hidrogen berbanding UAV bateri

The South Korean Defense Acquisition Program Administration (DAPA) mengumumkan dana sebanyak USD 734,000 kepada firma lokal “Doosan Mobility Innovation”.

Dana tersebut adalah untuk membekalkan Unmanned Aerial Vehicles (UAV) berkuasa hidrogen.

Menurut DAPA, UAV berkuasa Hidrogen mempunya ketahanan tenaga lebih lama berbanding, UAV berkuasa bateri.

UAV berkuasa hidrogen boleh terbang melebihi 2 jam, sementara UAV berkuasa bateri hanya boleh terbang selama 10-30 minit sahaja.

Teknologi ini adalah sebahagian daripada “blueprint” jangka masa panjang selama 20 tahun kerajaan Korea Selatan untuk membangunkan ekosistem teknologi tenaga hidrogen dalam 5 bidang teras utama iaitu; “penghasilan, penyimpanan, pengangkutan, penghasilan tenaga, dan infrastruktur keselamatan”.

Sumber: Asian Millitary Review

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Iran lancar Senjata baru UAV dengan nama ‘gaza’

Next Post

Penyebaran Covid-19 Melalui Udara Khususnya Aerosol: Apa Impak Dan Implikasinya?

Related Posts
Skip to content