Pertembungan bangsa Melayu adalah pertembungan di medan identiti

Pertembungan bangsa Melayu adalah pertembungan di medan identiti.

1) Pada tahun 1950, Yayasan Keluarga Rothschild telah menyerahkan tanah seluas 7400 ekar yang dibeli dan dirampas di sekeliling tanah Palestin yang dikenali sebagai Pelabuhan Caesarea kepada Yayasan Rothschild Caesarea untuk dibangunkan.

2) Antara projek yang dilaksanakan adalah ekskavasi tapak pelabuhan Caesarea untuk membuktikan dan mengukuhkan naratif sejarah bahawa orang Yahudi adalah pemilik asal tanah di Palestin. Hal ini menurut mereka dapat dibuktikan melalui tinggalan-tinggalan lama kerajaan Raja Herod.

3) Proses ekskavasi ini menelan belanja hampir 150 juta, dan kesemuanya ditanggung oleh Yayasan Keluarga Rothschild. Dapat dilihat di situ betapa pentingnya projek ekskavasi sejarah ini kepada pengukuhan naratif Yahudi adalah pemilik asal tanah Palestin. Bukan sahaja dana-dana yang diperlukan dalam bidang ketenteraan dan keselamatan.

4) Apabila membaca berita ini saya teringat akan kisah kajian lapangan saya di beberapa buah muzium Cina di Malaysia. Antara yang terkenal adalah Muzium Hakka di Perak (Han Chin Pet Soo), dan Muzium Cheng Ho di Melaka. Cukuplah saya sebutkan dua Muzium di sini sebagai perbandingan.

5) Kedua-dua buah Muzium itu, saya dapat simpulkan membawa naratif yang berbahaya kepada pemahaman sejarah tempatan.

6)Saya berikan satu contoh, ketika sesi lawatan, saya sempat berbual-bual dengan kurator Muzium Cheng Ho. Ketika berceritakan tentang Melaka, beliau dengan bangganya menyatakan bahawa empayar China Ming yang memajukan Melaka. Dahulu Melaka tiada apa-apa, orang Melayu bukan orang asal, tetapi orang asli dan pelarian yang datang ke Melaka. Rombongan Cheng Ho datang ke Melaka dan menunjukkan cara bercucuk tanam, memberi tunjuk ajar teknologi dan sebagainya.

7)Melalui naratif ini, mereka menafikan Melayu sebagai sebuah peradaban di Nusantara. Mereka menafikan segala sejarah dan pemilikan Melayu ke atas tanah ini. Bagi mereka, empayar Melayu seperti Champa, Srivijaya, Kedah Tua, Melaka tidak wujud. Mereka menganggap tanah “nanyang” ini milik kerajaan Ming.

8)Kemudian saya bertanya lagi, muzium sebesar ini siapa pemberi dananya? Jawapan yang sama. Muzium-muzium ini ditaja oleh bilionair dan para jutawan dari kaum Cina sama seperti apa yang Rothschild lakukan di Tanah Palestin.

9)Baru-baru ini, bagi sesiapa yang mengkaji perkembangan kuasa diplomasi kebudayaan Cina, akan melihat satu lagi Muzium Cina Malaysia dilancarkan. Muzium ini ditaja sepenuhnya oleh jutawan Cina, Jeffrey Cheah sebanyak RM 6 juta.

10)Apa yang terjadi di dunia Islam hari ini adalah perkara yang menyedihkan. Bukan sahaja mereka diratah kiri dan kanan, identiti mereka juga dirobek-robek. Sehingga mereka hilang kewarasan dan hilang identiti di tanah air mereka sendiri. Mereka tidak lagi mengenal asal usul mereka.

11)Jika anda lihat projek yang seumpamanya di Malaysia, ekskavasi Sg Batu beberapa kali tertangguh oleh kerana masalah dana. Sedangkan projek itu adalah projek yang besar untuk membuktikan bahawa orang Melayu sejak sebelum Masihi adalah bangsa asal di Tanah Melayu dan sebaris malahan lebih maju berbanding peradaban yang seusia. Lihatlah juga, berapa banyak muzium Melayu kita ada? Membawa naratif kegemilangan Peradaban dan Tamadun Melayu?

12) Saya menyeru kepada orang Melayu yang kaya raya dan mereka yang mempunyai lebihan wang. Di akhir Ramadhan ini, di samping anda mendermakan ke masjid, ambil lah peluang ini, untuk mendermakan wang anda kepada tempat yang lebih strategik. Belajarlah daripada elit kapitalis Yahudi dan Cina ini.

13) Dikhuatiri, Melayu lambat laun, akan pupus dimamah usia. Menjadi bangsa yang hanya tinggal jasad, tetapi kosong tanpa roh.
Terus layu dan kalah di medan pertembungan identiti ini.

Wallahualam.

.………

Kami di Interdisciplinary Research and International Strategy – IRIS Institute sebuah Syarikat kajian strategik tidak berkepentingan menjalankan pelbagai kajian sejarah kegemilangan Peradaban Melayu untuk membawa Bangsa Melayu mengenal kembali identiti mereka. Buku terbitan kami, Identiti Politik dan Ekonomi Alam Melayu telah memenangi anugerah buku negara Malaysia 2019.

Sebarang sumbangan adalah dialu alukan.

Interdiscplinary Research and International Strategy (Maybank)
562263539808

Terima Kasih.

Oleh:
Asyraf Farique
Ketua Editor Fokus

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Projek Penchinaan dibawah kerajaan PH, Apa bezanya dengan kerajaan terdahulu?

Next Post

Empat Perlambangan Ketupat dalam Pemikiran Orang Melayu

Related Posts

Berminat Untuk Menyumbang?

Kami di FOKUS sentiasa menghargai sokongan anda untuk terus menghasilkan kandungan berkualiti. Sumbangan anda akan membantu kami meningkatkan lagi mutu dan membantu operasi laman web ini.

Skip to content