Peruntukan Kewangan Sekolah Vernakular Cina

Sekolah vernakular Cina adalah sekolah yang menggunakan Bahasa Cina sebagai bahasa pertuturan, sama ada di peringkat rendah atau menengah serta sama ada di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) atau swasta.

Dalam konteks pelaporan ini, sekolah vernakular Cina adalah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina atau SJK (C), Sekolah Menengah Kebangsaan Cina dan Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC).

Pelaporan kali ini akan menyorot tiga aspek perkembangan bagi peruntukan kewangan kepada sekolah Cina iaitu (i) perkembangan peruntukan daripada Kerajaan Pusat dalam Belanjawan Negara sepanjang 10 tahun pelaksanaan, daripada tahun 2012 hingga 2022, termasuklah semasa tempoh pandemik COVID-19, (ii) perkembangan peruntukan daripada Kerajaan Negeri bagi tahun 2021 dan (iii) perkembangan peruntukan dana asing daripada Kedutaan China di Malaysia pada tahun 2021.

Berdasarkan pelaporan ini, Sekolah Jenis Kebangsaan (C) menerima dana yang konsisten sebanyak RM50 juta daripada Belanjawan 2014 sehingga Belanjawan 2020. Sekolah Menengah Kebangsaan Cina mula menerima dana sebanyak RM25 juta daripada Belanjawan 2015.

Bagi Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC), walaupun syarat penggunaan Kurikulum Kebangsaan dikenakan sehingga Belanjawan 2017, peruntukan kepada SMPC telah berkembang daripada pelepasan GST kepada RM15 juta dana kewangan.

Semasa tempoh pandemik COVID-19, didapati peruntukan kewangan bagi sekolah vernakular dirangkumkan dalam peruntukan komuniti masyarakat Cina dan bantuan daripada Kerajaan Negeri, sama ada dalam bentuk tanah atau dana kewangan. SMPC juga menerima dana asing daripada Kedutaan China di Malaysia menerusi 57 pemberian geran dan biasiswa pada tahun ini sahaja.

Baca rumusan penuh pada pautan yang disediakan di bawah (Bagi Pelanggan Eksklusif, Sila Login terlebih dahulu untuk muat turun):

Bermula 1 September 2020, laporan penuh hanya boleh dibaca dengan langganan atau pembelian. Langgan Fokus Hari Ini bermula daripada RM150/Setahun.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Tahap Kesihatan Mental Rakyat Malaysia Sepanjang Pandemik COVID-19

Next Post

Sekolah Vernakular Antara Cabaran Utama Kepada Perpaduan – Dr. Jemilah Mahmood

Related Posts

Langgan sekarang untuk terus membaca.

Dapatkan akses premium merangkumi berita, senario bidang-bidang utama yang dirumuskan dan laporan analisa khas.

Individu

RM200 / tahun

Individu Silver

RM500 / tahun

Individu Premium

RM1000 / tahun

Skip to content