Resolusi ASEAN Untuk Konflik Rohingya

Malaysia finds mass graves of suspected migrants - Al Jazeera English.FLV_20150524_234214.205
Isu penemuan beratus kubur pelarian Rohingya

Cadangan Tun Dr Mahathir Mohamad –bekas Perdana Menteri Malaysia- untuk keluarkan Myanmar dari ASEAN sekiranya negara itu tidak menghentikan pembunuhan beramai-ramai ke atas Muslim Rohingya, dipandang serius dan ia mendapat bantahan daripada Myanmar.

Beliau yang menerima pelbagai kritikan sejak akhir ini, telah membantah polisi ASEAN yang tidak mencampuri urusan negara-negara jiran dan seharusnya diketepikan apabila melibatkan pembunuhan berama-ramai.

‘’Apa yang berlaku terhadap mereka adalah sangat teruk dan tiada kata yang dapat diungkapkan,’’ beliau menambah lagi,’’Jika Myanmar mahu melakukan pembunuhan beramai-ramai maka tinggalkan ASEAN.’’

Komen tersebut mendapat tindak balas daripada Timbalan Menteri Luar Myanmar, U Thant Kyaw, yang mana kerajaan yang enggan mengiktiraf Muslim Rohingya sebagai rakyatnya yang sah walaupun mereka telah lama menetap di utara Myanmar sejak abad ke-16 lagi.

Muslim Rohingya telah ditolak kewarganegaraannya pada tahun 1982 apabila Jeneral Ne Win dan kerajaan ketenteraannya telah menggubal undang-undang kewarganegaraan Burma.

Beserta dengan logik yang tidak matang dan masuk akal, Kyaw mendakwa pendapat Tun Dr Mahathir Mohamad itu berkemungkinan disebabkan usianya yang telah mencecah 90 tahun.

‘’Saya tidak faham mengapa beliau melontarkan pendapat sedemikian kerana Myanmar telah bekerjasama dengan kesemua negara-negara ASEAN untuk menyelesaikan masalah tersebut dan Myanmar telah pun menyatakan tiada negara yang patut dipersalahkan,’’ kata Kyaw.

‘’Seperti yang anda tahu, ASEAN tidak membuat sebarang keputusan tanpa mencapai kata sepakat. Jadi mustahil untuk Myanmar dibuang dari ASEAN.’’

Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong berkata kesemua ahli ASEAN mampu bekerjasama, mempengaruhi dan memberi semangat antara satu sama lain tetapi perbalahan lama sukar dimatikan. Loong menekankan ASEAN tidak akan mampu menyelesaikan kesemua masalah ataupun memaksa mana-mana ahlinya untuk bertindak sedemikian.

Lagi pula ia berlaku disebabkan tekanan daripada ASEAN dan seluruh dunia ke atas Myanmar yang mempercepatkan Yangoon untuk mengawal migrasi tersebut.

Namun menurut komen Kyaw dan mana-mana laporan media, dipercayai Perdana Menteri Thailand, Thein Sein telah bersedia untuk membantu pelarian Muslim Rohingya.

Sekiranya masalah ini dapat diselesaikan dengan mengesahkan kerakyatan Muslim Rohingya sepenuhnya sebagai rakyat Myanmar maka cukuplah sekali tragedi dahsyat seumpama ini berlaku. Lalu, cadangan Tun Dr Mahathir Mohamad kepada pengusir Rohingya, Yangoon patut dipandang serius.

Rentetan konflik Rohingya

Selama berdekad-dekad ASEAN dan polisinya itu telah mendapat kritikan hangat dan ia dianggap sebagai alasan yang membenarkan negara-negara tersebut untuk mencabuli hak asasi manusia tanpa rasa takut.

Lantas hal ini dikaitkan dengan layanan teruk Myanmar terhadap populasi Rohingya, penghijrahan beramai-ramai yang dianggarkan 25,000 orang dengan diikuti penemuan 39 kubur di 28 kem transit yang tersembunyi di sepanjang sempadan utara Malaysia-Thailand. Manakala 3000 yang lain terapung di lautan dengan bot yang uzur.

Isu tersebut selesai apabila ASEAN memperkemaskan lagi kerjasama antara negara-negara terbabit dengan mengikuti permintaan dan tentangan keras antarabangsa. Hasilnya, Thailand menyalahkan Malaysia kerana menjadi dalang dalam beberapa sindiket pemerdagangan manusia.

Suspek pemerdagangan manusia diburu polis

Seorang suspek penting telah dikenal pasti iaitu Yassin, seorang Muslim Rohingya yang didakwa telah terlibat dalam aktiviti pemerdagangan manusia yang melarikan diri ke Thailand dan menjadi buruan pihak polis.

Siasatan tersebut diikuti kata putus oleh Malaysia dan Indonesia untuk menyediakan tempat perlindungan sementara buat Muslim Rohingya dan rakyat Bangladesh, sekali gus menamatkan polisi untuk menghantar bot semula ke laut (pengusiran). Thailand turut berkata mereka tidak akan lagi mengusir mana-mana bot lagi.

Wakil Malaysia, Menteri Ahmad Zahid Hamidi berkata pihak berkuasa sekarang sedang menyusun kes ini dan menyiasat suspek-suspek yang terlibat sebelum melakukan sebarang pendakwaan.

Kemudian AS pula mencelah dengan berkata akan mengetuai program penempatan semula PBB setelah ketua PBB Ban Ki-moon membuat rayuan. Malah, negara sejauh Gambia bersetuju untuk mengambil pelarian-pelarian tersebut manakala Pope Francis membandingkan kesengsaraan mereka dengan masyarakat Kristian Yazidi di Iraq yang diseksa teruk oleh Islamic State (IS).

 

Susunan: Nurul Fitrah Abdullah

Sumber : The Diplomat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Netanyahu Disiasat atas Jenayah Perbelanjaan

Next Post

TPPA MELINDUNGI MONOPOLI SYARIKAT FARMASEUTIKAL

Related Posts

Berminat Untuk Menyumbang?

Kami di FOKUS sentiasa menghargai sokongan anda untuk terus menghasilkan kandungan berkualiti. Sumbangan anda akan membantu kami meningkatkan lagi mutu dan membantu operasi laman web ini.

Skip to content