Menteri-menteri perdagangan negara-negara Pacific Rim gagal untuk mencapai kata putus dalam perjanjian perdagangan bebas antara kesemua 12 negara terlibat selepas timbul pertikaian yang berpanjangan antara Jepun dan Amerika Utara tentang isu kereta, isu tenusu New Zealand dan tiada persetujuan dicapai dalam isu perubatan dan farmasi.
Tiga sumber yang terlibat dalam rundingan memberitahu kepada Reuters bahawa rundingan gagal kerana masalah dengan isu susu dan perdagangan auto atau kereta serta menemui kebuntuan dalam isu ubat-ubatan biologi yang diperbuat daripada sel-sel hidup.
Menteri Perdagangan Australia, Andrew Robb berkata masalah tersebut berlaku antara negara ekonomi “big four” iaitu Amerika Syarikat, Kanada, Jepun dan Mexico. “Perkara yang menyedihkan adalah, 98 peratus sudah pun selesai [kecuali isu-isu tersebut],” katanya.
Kegagalan tersebut menjadi halangan kepada Presiden AS Barack Obama, memandangkan perjanjian kesepakatan perdagangan tersebut adalah satu satu cabang pelaksanaan agenda ‘Pivot to Asia’ dan peluang untuk mengimbangi pengaruh China di rantau Asia Pasifik.
Rundingan tersebut, yang melibatkan kira-kira 650 perunding, 150 wartawan dan beratus-ratus pihak berkepentingan ke Pulau Maui, telah disebut-sebut sebagai peluang terakhir untuk mencapai perjanjian sekali gus cuba mendapatkan kelulusan Kongres AS pada tahun ini, sebelum Pilihanraya Presiden AS 2016 mula menambahkan tekanan.
Terjemahan : Farris Hanafi
Sumber : AlJazeera