Sabah dan Sarawak berpendirian ingin menggunakan dan menguatkuasakan undang-undang negeri, mengatasi undang-undang Federal dalam mengawal selia aktiviti Penangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan Karbon (CCUS). Pendirian ini dinyatakan oleh Timbalan Ketua Menteri I Sabah, Datuk Seri Jeffrey Kitingan dan Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak, Datuk Dr Hazland Abang Hipni. – (Malay Mail, Malay Mail)
Timbalan Ketua Menteri I Sabah, Datuk Seri Jeffrey Kitingan berkata cadangan Rang Undang-undang Karbon baharu yang akan dibentangkan di Parlimen akhir tahun ini tidak akan terpakai di Sabah. Tambahnya, Sabah sedang dalam proses menggubal undang-undang penangkapan dan penggunaan karbonnya sendiri serta mengemas kini Enakmen Hutan 1968 termasuk menjadikan karbon sebagai hasil hutan. – (Malay Mail)
Manakala, bagi Sarawak pula, Rang Undang-Undang Kanun Tanah (Pindaan) 2022, dan Kaedah-Kaedah Tanah (Penyimpanan Karbon), 2022 yang diluluskan kerajaan Sarawak pada 2022 dilihat akan menjadi rujukan utama dalam mengawal selia aktiviti Karbon di negeri itu. Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak, Datuk Dr Hazland Abang Hipni berkata tiada tapak simpanan karbon boleh dibangunkan, dan tiada tanah boleh digunakan untuk penyimpanan CO2 sama ada di kawasan darat atau luar pesisir dalam sempadan Sarawak, tanpa kelulusan kerajaan Sarawak. – (Malay Mail)
Terdahulu, pada 21 Mei, Kementerian Ekonomi telah membentangkan memorandum Penangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan Karbon (CCUS) kepada kabinet bagi membentuk rangka kerja undang-undang mengenai inisiatif itu. – (Bernama)
Disediakan oleh:
Knowledge Management Center(KMC), IRIS Institute
**RADAR adalah produk pantauan berita harian IRIS yang memaparkan perkembangan berita-berita strategik dalam setiap bidang utama mengikut sudut pandang IRIS. Sebarang perbincangan dan persoalan boleh diajukan diruang komen atau pautan https://pertanyaaniris.wasap.my/, pihak IRIS akan cuba menjawab.